Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri hantar 40 atlet ke sukan perpustaka­an negara

-

KUCHING: Pustaka Negeri menghantar seramai 40 orang atlet ke Sukan Perpustaka­an Awam Se-Malaysia (SPASM) dianjurkan oleh Perpustaka­an Kuala Lumpur, pada 10 hingga 14 November depan.

Menurut satu kenyataan akhbar semalam, Pustaka Negeri akan menyertai acara-acara seperti futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, ping pong, congkak, karom, dart dan boling.

Satu sesi penyerahan bendera SPASM dari Pustaka Negeri Sarawak selaku bekas tuan rumah SPASM Ke21 kepada Perpustaka­an Kuala Lumpur diadakan selepas Mesyuarat Majlis Pengarah- Pengarah Perpustaka­an Awam Se-Malaysia (MPAM) di Perpustaka­an Negeri Sabah.

Ia adalah sebagai tanda Perpustaka­an Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi temasya SPASM Ke-22 tahun ini.

SPASM merupakan kejohanan sukan dwi-tahunan diadakan sejak 1984 antara semua Perpustaka­an Awam Negeri di Malaysia dan setiap perpustaka­an awam negeri berpeluang menjadi tuan rumah.

SPASM diadakan sebagai wadah integrasi dan pemangkin semangat kerjasama kalangan perpustaka­an awam negeri-negeri.

Di samping memupuk budaya bersukan kalangan warga perpustaka­an dapat menyihatka­n tubuh badan bagi memberi perkhidmat­an perpustaka­an terbaik kepada masyarakat.

Pustaka Negeri Sarawak secara aktifnya menyertai SPASM bermula penganjura­n oleh Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang sehinggala­h penganjura­n Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor.

Pada 2008, Pustaka Negeri Sarawak naib juara pada SPASM di Terengganu dan muncul juara pada penganjura­n temasya sukan itu di Sarawak pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia