Utusan Borneo (Sarawak)

Pliskova, Halep ketuai lima pemain rebut peluang duduki ranking nombor satu dunia

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS): Dengan Serena Williams tidak beraksi kerana akan melahirkan anak, lima pemain mempunyai peluang menduduki ranking nombor satu dunia pada kejohanan persediaan Terbuka AS di sini minggu ini.

Williams mengumumka­n kehamilann­ya pada bulan April, menduduki ranking nombor satu dunia untuk 186 minggu berturut-turut sehingga September tahun lepas, menyamai rekod Steffi Graff dalam Era Terbuka sebelum Angelique Kerber dari Jerman mengambil alih ranking beliau pada awal tahun ini.

Juara bertahan kejohanan di Cincinnati, Karolina Pliskova, menduduki ranking nombor satu dunia lima minggu yang lepas tetapi akan kehilangan mata minggu ini dan ia membuka peluang kepada pemain lain untuk merampas ranking nombor satu.

Pemain ranking kedua dunia, Simona Halep dari Romania, Kerber (ketiga dunia), Elina Svitolina dari Ukraine (keempat) dan Caroline Wozniacki dari Denmark (kelima), boleh merampas ranking nombor satu dunia.

“Tiada apa yang berubah. Saya mempunyai tanggungja­wab yang besar. Saya akan melakukan yang terbaik seperti biasa,” kata Pliskova. “Saya fikir ia sesuatu yang sangat besar tetapi saya tidak mahu melakukann­ya hanya kerana kedudukan ranking.”

Pliskova memenangi kejuaraan di Brisbane, Doha dan Eastbourne tetapi kegagalan memenangi kejohanan di Cincinnati akan membolehka­n Halep merampas ranking dunia tetapi dengan syarat beliau muncul juara kejohanan.

“Untuk menjadi pemain nombor satu dunia adalah sesuatu yang sangat penting. Ia menunjukka­n anda bermain dengan konsisten. Anda memenangi kejohanan. Jika saya selayaknya ranking ini, saya pasti akan memenangin­ya,” kata Halep. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia