Utusan Borneo (Sarawak)

Koperal berbadan sasa itu dinobatkan juara keseluruha­n pada Sukan Polis dan Bomba Dunia 2017

- Oleh Ghaz Ghazali

KUCHING: Misi ke Los Angeles, California benar- benar membuahkan hasil buat atlet bina badan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) Koperal Ismadi Riji apabila beliau bukan sahaja memenangi kategori pilihan malah dinobatkan sebagai ‘Juara Antara Juara’ bagi Kumpulan Umur 30-39 tahun.

Anak kelahiran Kuching berusia 38 tahun itu menewaskan saingannya dalam kategori 172–179 sentimeter sekali gus menggunggu­li acara kemuncak peringkat akhir kejuaraan bina badan Sukan Polis dan Bomba Dunia (WPFG) 2017 di Los Angeles minggu lalu.

“Ini memang saat manis buat saya kerana merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut bermula WPFG 2013 di Ireland Utara diikuti edisi 2015 di Amerika Syarikat.

“Paling gembira adalah kejayaan saya merangkul kejuaraan keseluruha­n bagi kategori umur 30-39 tahun,” katanya kepada Utusan Borneo melalui ‘ whatsApp’ semalam.

Ismadi mengambil peluang mengucapka­n penghargaa­n kepada isterinya, Nancy Martin, jurulatih Othman Yahya, pengelola bina badan DSP Ghazali Yunos, Majlis Sukan PDRM serta pucuk pimpinan polis.

“Saya juga merakamkan

Ini memang saat manis buat saya kerana merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut bermula WPFG 2013 di Ireland Utara diikuti edisi 2015 di Amerika Syarikat.

terima kasih kepada Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman atas sumbangan peribadi mereka membantu saya,” katanya.

Ismadi merupakan antara empat anggota PDRM yang terpilih ke WPFG 2017.

Rakan s e p a s - ukannya, Lans Koperal Zmarul Al Adam emas me l a lui kateg o r i 165-172 sentimeter (18-29 tahun) manakala Sarjan Mohayan Rosmani dan Lans-Koperal Mohd Aliff Firdaus Alias membawa pulang gangsa masing-masing melalui kategori 172-179 sentimeter (atas 40 tahun) dan 165-172 sentimeter (3039 tahun).

WPFG diadakan sekali setiap dua tahun diasaskan Kapten Jabatan Polis San Diego Veon ‘Duke’ Nyhus sebagai Olimpik Polis California pada 1967. Temasya sukan ini kemudianny­a berkembang dari tahun ke tahun dan mula menerima penyertaan atlet dari kalangan anggota Bomba.

Kejuaraan ini mula diiktiraf sebagai acara antarabang­sa pada edisi 1985 di California. WPFG sering dianjurkan sekitar bandar raya utama di Amerika Syarikat dan Kanada namun Australia, Sweden dan Sepanyol juga pernah menjadi tuan rumah.

Dikhabarka­n edisi 2019 akan berlangsun­g di Chengdu, Republik China.

 ??  ?? ISMADI
ISMADI
 ??  ?? BARISAN TEGAP: (Dari kanan) Ismadi bersama Zmarul, Mohayan dan Aliff serta pingat masing-masing sambil membawa bendera PDRM.
BARISAN TEGAP: (Dari kanan) Ismadi bersama Zmarul, Mohayan dan Aliff serta pingat masing-masing sambil membawa bendera PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia