Utusan Borneo (Sarawak)

Misi pertahan gelaran juara wanita

-

KUCHING: Pasukan futsal Serian enggan mendabik dada pada Kejohanan Futsal Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak 2017 di Betong dari 25 hingga 27 Ogos ini.

Ketua Jurulatih, Norazizan Sapiee berkata pihaknya sukar meramalkan peluang skuad lelaki dan wanita Serian memandangk­an kejohanan kali ini untuk pemain-pemain bawah 20 tahun.

“Status sebagai juara bertahan futsal wanita tidak boleh menjadi ukuran kerana kejohanan ini untuk pemain-pe- main bawah 20 tahun, justeru saya tidak memberi sasaran spesifik kepada pasukan lelaki dan wanita namun lebih fokus kepada satu perlawanan dalam satu masa bagi kedua-dua kategori.

“Kami turut akui tertekan memastikan piala pusingan wanita dimenangi tahun lalu kekal di Serian,” katanya di sini semalam.

Menurut Norazizan, ini kerana kelibat pasukan-pasukan lain tidak boleh dipandang mudah sebagai pesaing bagi merebut kejuaraan terutama Kuching, Samarahan dan Mukah dalam kategori lelaki man- akala Samarahan dan Kuching dalam kategori wanita.

Namun, ia tidak akan mematah impiannya dan pasukan Serian untuk mengekalka­n kejuaraan kategori wanita. Keyakinana­nnya dengan peluang Serian kali ini kian meningkat dengan barisan pemain dipilih dari liga futsal untuk menggalas cabaran pasukan itu.

“Saya amat berpuas hati dengan sistem liga futsal yang diperkenal­kan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian untuk memilih pemain-pemain lelaki dan wanita ke kejohanan peringkat negeri,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia