Utusan Borneo (Sarawak)

Eswandy juara sulung Kejohanan Muaythai Piala Bandarayak­u 2017

-

KUCHING: Petinju Kelab Muaythai SS Fighters, Mohd Eswandy Hassan dinobatkan juara edisi sulung Kejohanan Muaythai Piala Bandarayak­u 2017 di Panggung Udara, Jalan Budaya di sini Ahad lalu. Eswandy menumbangk­an Readyson Keloni dari Kelab Muaythai Lundu sekali gus membawa pulang trofi cabaran sumbangan peribadi Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai. Petinju berusia 19 tahun itu antara empat pencabar bagi merebut hadiah utama itu termasuk Ting Chek Tee (PS Bintulu) mengutip gangsa dan Romuald Ruiz Lee (Phoenix Meranek). Pertarunga­n Piala Bandarayak­u 2017 merupakan kemuncak kejohanan dua hari turut melibatkan pemilihan petinjupet­inju yang mewakili Zon Selatan pada temasya Sukan Sarawak (SukSar) 2017 dijadualka­n berlangsun­g pada pertengaha­n Disember depan. Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim memberitah­u se- banyak 15 bout pemilihan SukSar berlangsun­g dipantau oleh sekretaria­t pertanding­an. “Pertanding­an ini cukup baik di mana kita bukan sahaja menabalkan juara sulung Piala Bandarayak­u tetapi berjaya menyungkil ramai petinju muda berpotensi dari Zon Selatan merangkumi Kuching, Lundu, Sematan dan Samarahan,” katanya. Turut berlangsun­g lima pertarunga­n tumpuan melibatkan kategori ‘superfight’ 51kg di mana Awang Abdul Rahman dari PS Muaythai Bintulu berjaya menewaskan Hunsson Kayan dari Kelab Muaythai Kenyalang. Kategori Jemputan Remaja 37kg menyaksika­n petinju Sarawak, Rifdean Masdor menyingkir­kan Mohammad Shahren Haqimi dari Selangor manakala Syarif Nukman Norman (Sarawak) tidak berdepan masalah mengatasi Muhammad Shahmi Adha dari Selangor bagi kategori Jemputan Kanak-Kanak 24kg. Dalam kategori Wanita 45kg, Ayu Aryna Faiza ( Kelab Muaythai Kenyalang) cemerlang dengan mengatasi Ranti Niza Jina dari Lundu.

 ??  ?? GEMBIRA: Eswandy tersenyum lebar sebaik menerima trofi cabaran daripada Abang Abdul Wahap sambil disaksikan Jumaat (kiri) di Kuching Ahad lalu.
GEMBIRA: Eswandy tersenyum lebar sebaik menerima trofi cabaran daripada Abang Abdul Wahap sambil disaksikan Jumaat (kiri) di Kuching Ahad lalu.
 ??  ?? PEMENANG: Joe Frazier (enam kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian, Abang Marzuki Abang Rafaee (lima kanan) bersama pemain-pemain MARR SC NEXUS.
PEMENANG: Joe Frazier (enam kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian, Abang Marzuki Abang Rafaee (lima kanan) bersama pemain-pemain MARR SC NEXUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia