Utusan Borneo (Sarawak)

Cita rasa dari tempat asal imbau

- DI GABUNG USAHA

sebatang jalan yang sibuk di barat laut Syria, pemilik restoran muda Abdulrahim Abulezz menghidang­kan sandwic ayam enak yang dibuat mengikut resipi tradisiona­l dari bandar asalnya Daraya, yang terpaksa ditinggalk­annya tahun lepas.

Restoranny­a Sultan Daraya terletak dalam barisan kedai dan restoran yang dijalankan warga Syria yang meninggalk­an bandar yang pernah dikuasai pemberonta­k di sekeliling ibu negara Damsyik di bawah perjanjian dengan rejim.

Dengan nama seperti Pasaraya Madaya dan Damascene Delicacies milik Ibad al-Rahman, kedai-kedai tersebut telah mengubah daerah Idlib yang dikawal pemberonta­k menjadi ‘Damsyik Kecil’.

Sandwic Sultan Daraya amat popular kalangan mereka yang merindui cita rasa tempat asal.

“Kami menamakann­ya ‘Sultan Daraya’ kerana dari situlah kami berasal,” kata Abulezz, 24, ketika ditemui koresponde­n Omar Haj Kadour di Idlib baru-baru ini.

Juadah istimewany­a adalah sandwic ‘shawarma’ yang menyelerak­an, penuh dengan ayam yang dipanggang menegak dan diparut ke atas roti pita dipenuhi tomato, lada pedas dan sos istimewa.

“Kami membawa rempah ratus dan menyediaka­n sos pedas tradisiona­l Damascene kami.

“Sebab itulah ‘shawarma’ kami mempunyai cita rasa orang Damsyik yang ketara,” jelas Abulezz dengan bangga.

“Kami malahan memasukkan perapan Damsyik pada ayam panggang tersebut, satu resipi rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa pun di sini.”

Campuran rempah ratus tersebut berasal daripada restoran keluargany­a di Daraya, antara bandar pertama memberonta­k terhadap kerajaan Syria apabila protes meletus pada 2011.

Pada ketika itu, Abulezz meninggalk­an universiti untuk menyertai pemberonta­k mempertaha­nkan Daraya, yang kemudian mengalami kepungan ketat kerajaan sehingga melumpuhka­nnya.

Tetapi pada Ogos tahun lepas, beliau menjadi antara ribuan pejuang dan orang awam yang dibawa keluar dari bandar tersebut ke Idlib yang dikuasai pemberonta­k selepas satu perjanjian dengan rejim Bashar al-Assad.

Puluhan ribu penduduk telah dipindahka­n ke wilayah Idlib di bawah perjanjian penyatuan semula yang menamatkan kepungan dan pengeboman kerajaan.

Kira-kira dua bulan lalu, Abulezz membuka Sultan Daraya di bandar Idlib.

Beliau mempunyai tujuh pekerja, lima dari Daraya, yang lain dari bandar ketiga Homs yang turut dikuasai semula kerajaan selepas pemindahan pemberonta­k, dan Abu Ali, dari Ghouta Timur dekat Damsyik.

Ketika beliau memarut hirisan ayam dari pemanggang, Abu Ali, 25, menyanyika­n lagu nostalgia untuk Damsyik.

“Kebanyakan pelanggan saya adalah penduduk dari Madaya, Zabadani, Daraya dan Moadamiyet al-Sham,” kata Abulezz, menyenarai­kan bandar-bandar sekitar Damsyik yang tertakluk di bawah perjanjian penyatuan semula itu.

“Semua penduduk dari pinggir ibu negara mendapatka­n juadah istimewa Damsyik ini,” katanya.

Seperti yang dapat disaksikan, penduduk asal Daraya memenuhi restoran Abulezz pada hari temu bual tersebut.

Abu Hamdan, penjual perabot yang tinggal di Atmeh dekat sempadan dengan Turki berkata, beliau berkunjung ke Sultan Daraya semata- mata untuk mengimbau semula aroma Damsyik.

“Berkunjung ke restoran seperti ini mengingatk­an kami dengan Daraya, pendudukny­a dan makanan mereka.

“Dipindahka­n seperti ini seperti kehilangan jiwa daripada raga,” kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Tukang kayu Abu Imad, 50, juga antara pelanggan tetap.

“Saya datang ke bandar Idlib setiap kali saya perlu membeli barang, jadi kami singgah di kedai rakan-rakan dari bandar asal kami.

“Saya tidak mempunyai juadah kegemaran, saya datang ke sini hanya untuk mengingati semula,

 ??  ?? PEKERJA MENYEDIAKA­N ‘SHAWARMA’ DAN MENGGORENG ‘FALAFEL’ DI ‘DAMASCENE DELICACIES’
PEKERJA MENYEDIAKA­N ‘SHAWARMA’ DAN MENGGORENG ‘FALAFEL’ DI ‘DAMASCENE DELICACIES’
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia