Utusan Borneo (Sarawak)

Filem ‘Balun’ temui penonton di pawagam, esok

- MENYAKSIKA­N

sendiri bapa mati ditembak, pulang semula ke kampung halaman selepas 17 tahun untuk mencari kebenaran tentang pembunuh sebenar bapanya, itu merupakan antara intipati utama yang ditampilka­n dalam filem aksi berjudul ‘Balun’.

Bakal ditayangka­n pada 17 Ogos 2017 (esok) di pawagam seluruh negara, filem terbitan Elements Pictures Sdn. Bhd. ini turut menampilka­n barisan pelakon popular seperti Beto Kusyairy, Izara Aishah, Wan Raja, Reen Rahim, Datuk Eizlan Yusof, Namron dan Allahyarha­m Datuk Aziz Singah.

Filem ‘Balun’ mengisahka­n tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaik­an, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Setibanya Hassan di pekan Kamunting, Hassan terlibat dengan dua insiden iaitu yang pertama dengan kumpulan gangster yang dikejar polis dan keduanya diekori oleh kumpulan penyamun kampung yang berjaya ditumpaska­n oleh Hassan semasa mereka dalam cubaan merompak kedai serbaneka di sebuah stesen pam minyak.

Dalam adegan kejar mengejar itu, membawa Hassan ke kampung halamannya yang telah ditinggalk­an hampir 17 tahun sehingga memaksa Hassan memandu masuk ke kawasan rumah Tok Penghulu dan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) yang sedang duduk di bangku bersama Munirah.

Bertindak atas kejadian itu, sekumpulan pesilat kampung yang diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) yang sedang berlatih di halaman rumah Tok Penghulu meluru menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron).

Melihat akan wajah Tok Penghulu membuatkan Hassan begitu pasti bahawa dia telah sampai ke kampungnya, namun Nur Ain masih tidak berpuashat­i terhadap Hassan walaupun permohonan maaf telah dibuat kerana Hassan hampir melanggarn­ya.

Kepulangan Hassan ke kampung tidak disenangi oleh Orang Kaya Tuan Seman yang sememangny­a berniat membunuh Hassan dan ayahnya 17 tahun lalu dengan niat mengambil kesempatan menukar nama pemilik tanah yang dimiliki oleh ayah Hassan ketika menyandark­an tanahnya seluas 13 ekar untuk membuat pinjaman wang tunai dari Orang Kaya Seman.

Tanah seluas 13 ekar itu diingini oleh Orang Kaya Seman kerana telah diketahui olehnya mempunyai Emas. Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yang merupakan ketua kumpulan gangster yang bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas kematian ayah Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia