Utusan Borneo (Sarawak)

MCA mohon satu DUN di Silam

-

KOTA KINABALU: MCA akan memohon satu Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Silam diperuntuk­kan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi MCA Sabah Datuk Francis Goh berkata, permohonan itu berdasarka­n tambahan 13 Kerusi DUN Sabah yang telah dikenal pasti.

“Permohonan itu juga berdasarka­n jumlah pengundi Cina yang ramai di sana dan MCA Bahagian Silam adalah parti komponen yang paling aktif di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Beliau turut memberikan jaminan bahawa MCA kini telah bersiap siaga berhadapan PRU14 pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, pelbagai penyediaan dari segi strategi kempen dan latihan agen pengundi, agen pengira dan agen pemeriksa kertas undi (PACABA) telah dilakukan.

“MCA Sabah juga telah memperkasa­kan jentera kempen menerusi sesi-sesi latihan yang diadakan kepada PACABA dan juga Bengkel PRU14 oleh MCA Kadazan Taskforce di Sabandar,” katanya.

Francis yang juga ketua bahagian MCA Penampang yakin dapat merampas kembali Kerusi DUN Kepayan pada PRU14.

Katanya, MCA juga akan cuba sedaya upaya mempertaha­nkan Kerusi DUN Luyang yang kini disandang oleh Hiew King Chiew.

“Beliau adalah seorang yang aktif dan rajin berkhidmat kepada para pengundi Luyang. Saya harap dengan bantuan beliau, Kerusi ini dapat kita kekalkan,” katanya.

Menurutnya, MCA Sabah sebelum ini hanya bertanding dua Kerusi sahaja dan berharap pada PRU14 nanti satu Kerusi DUN di kawasan Silam dapat menambahka­n jumlah kawasan yang dipertandi­ngkan kepada parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia