Utusan Borneo (Sarawak)

PNB berusaha tetapkan 20% saham Maybank sebagai Islam

-

KUALA LUMPUR: Usaha Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk membolehka­n Maybank menetapkan 20 peratus sahamnya sebagai Islam atau i-saham sedang dijalankan melalui mekanisme berdasarka­n perlindung­an, kata Pengerusi Kumpulan Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Katanya, syarikat pengurusan dana itu sedang berbincang dengan beberapa majlis syariah dan maklum balas yang diterima adalah positif.

“Mereka membangkit­kan beberapa isu dan kami memerlukan lebih banyak komitmen...beri kami sedikit masa kerana strategi patuh syariah memerlukan satu proses yang agak ketat. Tetapi, hasilnya akan dapat memberi manfaat kepada para pemegang saham dan syarikat,” katanya pada taklimat semasa makan tengah hari Institut Akhbar Malaysia di sini semalam.

PNB memegang kepentinga­n sebanyak 48 peratus dalam Maybank.

Katannya, kira- kira 25 peratus daripada keuntungan Maybank sekarang ini, disumbangk­an daripada kewangan Islam dan berdasarka­n kepada permodalan pasaran bank yang berjumlah RM97 bilion, proses ini akan mewujudkan kelas baharu dalam instrumen-instrumen pelaburan patuh syariah bernilai RM19 bilion.

Maybank, merupakan bank terbesar Malaysia serta keempat di ASEAN (pada aset), ia juga merupakan bank Islam kelima terbesar di dunia.

Beliau berkata selain Maybank, bank-bank lain, iaitu CIMB Group Bhd dan RHB Bank juga memasukkan kewangan Islam sebagai sebahagian daripada pertumbuha­n keseluruha­n mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia