Utusan Borneo (Sarawak)

Peraduan Jelita Semulajadi Yeo’s kini kembali lagi

Tiga pemenang utama menerima RM6,000, hadiah harian RM100 dan produk Yeo’s menanti 30 peserta

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUCHING: Peraduan Jelita Semula jadi Yeo’s kini kembali lagi dengan menawarkan hadiah yang lebih lumayan kepada pemenang yang akan bermula pada 16 Ogos hingga 15 September 2017.

Pengurus Kanan Komunikasi dan Korporat Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd Joe Wong berkata, peraduan ini adalah bertujuan untuk menggalakk­an gaya hidup sihat.

“Ia juga merupakan salah satu platform yang baik untuk konsep asas kejelitaan semula jadi berasal daripada amalan gaya hidup sihat. Melalui peraduan ini peserta dapat menampilka­n kecantikan semula jadi walaupun tanpa sebarang solekan.

30 pemenang berpeluang memenangi hadiah harian wang tunai sebanyak RM100 dengan produk Yeo’s dan RM100 untuk setiap jurugambar sepanjang peraduan ini berlangsun­g.

Tiga pemenang utama akan menerima wang tunai kesemuanya berjumlah RM6,000 merangkumi pemenang utama RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Keputusan akan diumumkan 14 hari selepas tamat peraduan.

Peserta juga boleh memuat naik gambar dalam laman Facebook See Hua Daily News

Online), , Borneo Post Online dan Utusan Borneo Online. Gambar yang paling banyak di kongsi (share) dalam laman sosial tersebut berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai RM500.

Teh Hijau merupakan antara minuman pilihan di Malaysia Timur kerana ia segar dan dihasilkan daripada daun teh hijau tanpa bahan pengawet dan pewarna.

Malah, teh hijau ini mempunyai ciri- ciri istimewa sendiri iaitu antioksida semula jadi bagi memberi ketahanan dalam badan manusia dengan semula jadi selain membantu metabolism­e badan untuk mengurangk­an berat badan yang merupakan impian setiap wanita.

 ??  ?? KEMBALI LAGI: (Dari kiri) Penolong Pengurus Jualan dan Pengiklana­n Kanan See Hua Marketing Sdn Bhd Henry Tiong, Pengurus Jualan dan Pengiklana­n Kanan See Hua Marketing Sdn Bhd Lionel Tiong bersama Pengurus Kanan Komunikasi dan Korporat Hiap Seng...
KEMBALI LAGI: (Dari kiri) Penolong Pengurus Jualan dan Pengiklana­n Kanan See Hua Marketing Sdn Bhd Henry Tiong, Pengurus Jualan dan Pengiklana­n Kanan See Hua Marketing Sdn Bhd Lionel Tiong bersama Pengurus Kanan Komunikasi dan Korporat Hiap Seng...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia