Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Awang Adek dilantik sebagai Pengerusi MARA

-

KUCHING: Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), berkuat kuasa 1 September ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n pelantikan itu dalam satu kenyataan semalam, selepas mendapat persetujua­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya dengan pengalaman dimiliki Datuk Dr Awang Adek, beliau akan dapat memimpin MARA dalam melaksanak­an dasar dan perancanga­n oleh Kementeria­n demi mencapai objektif Transforma­si Negara,” katanya.

Awang Adek, 62, merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan (2006–2013) dan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2004–2006).

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi (1977) dari Universiti Drew, Amerika Syarikat, sebelum melanjutka­n pelajaran ke Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah ( PhD) Ekonomi (1984).

Beliau yang merupakan bekas Senator Dewan Negara (2009–2013), pernah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat bagi tempoh 2014 hingga 2016.

Awang Adek pernah bertugas sebagai Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 hingga 1985, sebelum menyertai Bank Negara Malaysia (1985–2001) dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Gabenor Bank Negara.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Awang Adek bertanding di kerusi parlimen Bachok dan selepas memenangi kerusi itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Antara jawatan politik yang masih disandang beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bachok, Kelantan. KUCHING: Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, melancarka­n dana baharu, PB Asia Pacific Dividend Fund (PBAPDF) semalam.

PBAPDF bertujuan untuk menjana pendapatan tetap dan pertumbuha­n modal dengan melabur dalam portfolio kepelbagai­an di pasaran domestik dan serantau yang berpotensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.

Dana itu akan melabur sebanyak 75 peratus sehingga 98 peratus daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam ekuiti dan sehingga 98 peratus di pasaran asing seperti Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia dan pasaran-pasaran lain yang dibenarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong dalam satu kenyataan semalam berkata, PBAPDF sesuai untuk mereka yang ingin meraih pendapatan tahunan dan pertumbuha­n modal dalam jangka panjang.

“Dana ini bertujuan untuk memberikan pulangan yang konsisten dengan ketaktentu­an pasaran yang lebih rendah memandangk­an ia memberi tumpuan kepada saham-saham dividen yang lebih berdaya tahan dan mantap,” katanya.

Harga terbitan permulaan PBAPDF adalah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang 21 hari tempoh tawaran permulaan dari 15 Ogos sehingga 4 September 2017.

Pelaburan permulaan minimum adalah RM1,000, manakala pelaburan tambahan minimum ialah hanya RM100.

Pelabur yang membeli semasa tempoh tawaran permulaan boleh menikmati promosi caj jualan serendah 5.00 peratus daripada NAB seunit, tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai dana itu, sila hubungi Eksekutif Kewangan Public Bank di mana-mana cawangan di seluruh negara atau telefon talian bebas Public Bank di 1800- 22- 9999 semasa waktu pejabat.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruska­n lebih daripada 120 dana unit amanah.

Ia juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruska­n sembilan dana PRS.

Syarikat tersebut mempunyai 32 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara. Pada hujung bulan Jun 2017, jumlah saiz dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM76.9 bilion.

 ??  ?? MENGUNTUNG­KAN: PBAPDF bertujuan menjana pendapatan tetap dan pertumbuha­n modal dengan melabur dalam portfolio kepelbagai­an di pasaran domestik dan serantau
MENGUNTUNG­KAN: PBAPDF bertujuan menjana pendapatan tetap dan pertumbuha­n modal dengan melabur dalam portfolio kepelbagai­an di pasaran domestik dan serantau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia