Utusan Borneo (Sarawak)

SingX kumpul dana S$6.3 juta susulan pengembang­an ke Malaysia dan Hong Kong

-

SINGAPURA: Syarikat pemula niaga teknologi kewangan Singapura, SingX berjaya mengumpulk­an dana sejumlah S$6.3 million (S$1=RM3.13) dalam pusingan kedua susulan pengembang­an perkhidmat­an kiriman wang dalam taliannya ke dua pasaran baharu iaitu Malaysia dan Hong Kong.

Diasaskan oleh bekas ahli perbankan American Express, Atul Garg, perniagaan syarikat itu berjalan lancar sejak pelancaran produk pertama membabitka­n pemindahan dana rentas sempadan dari Singapura ke India pada Januari lepas.

“Pembiayaan terbaharu oleh para pelabur kami akan membantu meningkatk­an perniagaan dengan lebih pantas, berkembang ke lokasi baharu serta membangunk­an beberapa produk lain untuk memenuhi keperluan pembayaran rentas sempadan oleh rakyat Singapura dan syarikat mereka,” kata Garg yang merupakan Pengasas Utama dan Ketua Pegawai Eksekutif SingX dalam satu kenyataan, semalam.

Selepas enam bulan beroperasi dan berdasarka­n kadar bulanan semasanya, prestasi platform kiriman wang dalam talian SingX dijangka mencecah S$100 juta setahun.

Pelabur dalam pengumpula­n dana peringkat kedua atau prasiri A termasuk ahli perbankan kanan dan individu hartawan dengan nilai kekayaan tinggi dari Singapura dan Hong Kong.

Platform dalam talian SingX dikatakan lebih murah, pantas dan mudah kerana mengenakan caj pada kadar lebih rendah berbanding bayaran khidmat kiriman wang luar negara yang lain.

Berbanding pemindahan menerusi bank, pengguna SingX dapat menjimatka­n sehingga 90 peratus caj khidmat kiriman wang ke India, Malaysia serta Hong Kong.

Garg berkata, SingX memperkena­lkan khidmat itu ke Malaysia dan Hong Kong berikutan pasarannya yang melibatkan banyak pembayaran rentas sempadan sejajar faktor hubungan lama yang terjalin dengan Sin- gapura.

Pada masa ini, ada seramai 350,000 rakyat Malaysia di Singapura yang menghantar wang ke negara asal bagi tujuan pembayaran pinjaman, bil, tanggungan keluarga dan perbelanja­an lain.

Perkhidmat­an kiriman wang SingX ke Hong Kong turut dilihat menarik kepada ramai warga Singapura yang melabur dalam saham, hartanah dan perdaganga­n dengan wilayah itu serta China.

Selain pengguna, platform SingX juga membolehka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjalin hubungan perniagaan di India dan Hong Kong melakukan pembayaran rentas sempadan berkaitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia