Utusan Borneo (Sarawak)

UEM Sunrise sasar jualan lebih RM300j daripada kempen ‘Road to Russia 2018’

-

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd, menyasar meraih jualan berjumlah lebih RM300 juta daripada kempen ‘Road to Russia 2018’ yang dilancarka­n semalam.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata syarikat itu mencatatka­n jualan sebanyak RM250 juta daripada kempen pemilihan signatur tahun lepas.

“Tahun ini, UEM Sunrise memperkena­lkan pelan ‘Easy Own’ untuk membantu pelanggan membeli rumah idaman mereka. Kami percaya ini juga akan membolehka­n kami mencapai sasaran jualan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n kempen tersebut di sini.

Kempen itu, yang bermula semalam sehingga 30 November, 2017, memanfaatk­an Kejohanan Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsun­g di Moscow, Russia, dan menawarkan kepada para peserta peluang memenangi perjalanan ditanggung bagi lapan pasangan yang bertuah untuk menonton kejohanan tersebut, serta baucar perjalanan lain dan barangan cenderhati.

Baki 20 peratus unit UEM Sunrise dalam projek yang terletak di wilayah tengah dan selatan akan dimasukkan ke dalam kempen itu.

Anwar berkata syarikat itu masih mengekalka­n sasaran jualan RM1.2 bilion bagi tahun penuh.

Bagaimanap­un, beliau berkata syarikat tersebut akan mendapat gambaran yang lebih jelas sama ada sasaran itu boleh dicapai pada akhir Oktober, selepas beberapa projek yang dalam perancanga­n, di dalam dan luar negara dilancarka­n.

“Buat masa sekarang, prestasi adalah memuaskan,” katanya, sambil menambah syarikat itu mengalu-alukan pembeli dari Singapura untuk melabur dalam produk premium syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia