Utusan Borneo (Sarawak)

Laksana klinik percuma di pedalaman Sarawak

-

PERSATUAN Perubatan Islam Malaysia ( IMAM) melalui IMARET (IMAM Response and Relief Team) telah mengadakan program ‘ outreach’ dengan melaksanak­an klinik percuma di pedalaman Sarawak di Rumah Ngemah Ili, Batang Lemanak, Nanga Kesit, Lubok Antu dari 29 hingga 30 Julai lalu.

Program tersebut disertai oleh kira-kiran 20 ahli exco dan sukarelawa­n IMARET yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan serta pelajar perubatan dari SEGI Universiti.

Rumah Ngemah adalah antara kawasan yang dikenal pasti tidak mempunyai perhubunga­n jalan darat dan terletak jauh dari kemudahan kesihatan.

Objektif program ialah untuk memberi kemudahan saringan kesihatan kepada penduduk disebabkan kesukaran untuk keluar mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan di Klinik Kesihatan/Hospital.

Ia juga bagi mengenal pasti status kesihatan penduduk berkaitan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi serta penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, kutu dan sebagainya.

Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada pen- duduk rumah panjang tentang kepentinga­n penjagaan kesihatan.

Pada program ini, ia menyediaka­n klinik percuma untuk penduduk mendapatka­n rawatan dan ubatan untuk penyakit ringan dan rujukan ke hospital dan klinik sekiranya perlu.

Menerusi program sulung IMARET Sarawak ini juga, semua exco dan sukarelawa­n mendapat pendedahan awal agar dapat merancakka­n lagi program-program seumpama ini pada masa akan datang.

Sepanjang program, para peserta exco dan sukarelawa­n turut berpeluang beramah mesra dengan para penduduk di samping mengenali dan mendalami budaya serta amalan penduduk Iban di rumah panjang tersebut.

Sementara itu, Klinik Kesi- hatan Nanga Kesit merupakan klinik yang paling dekat dengan rumah panjang tersebut namun penduduk terpaksa mengharung­i Sungai Lemanak yang mengambil masa sejam untuk sampai ke klinik tersebut.

Batang Lemanak ini merupakan anak sungai yang kecil dan sewaktu musim kemarau, paras air boleh menjadi terlalu cetek sehingga penduduk terpaksa menarik sampan yang dinaiki.

IMARET merupakan satu badan di bawah IMAM yang ditubuhkan pada 19 Disember 2014.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia