Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tipu polis’, demokrat HK ditangkap

Lam dakwa diserang dan dikurung tetapi rakaman CCTV dedah sebaliknya

-

HONG KONG: Pihak polis Hong Kong semalam menyatakan mereka telah menahan seorang anggota terkenal parti pembangkan­g Parti Demokratik kerana ‘ menipu polis’ selepas mendakwa diserang dan dikurung beberapa ejen tanah besar China di bandar tersebut.

Howard Lam telah di tunjukkan di da l am televisyen sebagai dibawa pergi oleh pihak polis dengan sebuah van dalam keadaan bergari pada awal pagi kelmarin. Dia telah disoalsias­at di sebuah balai polis, dengan bukti yang diambil dari kediamanny­a termasuk sebuah komputer tablet, telefon bimbit dan sepasang cermin mata.

“Kami percaya maklumat yang dia berikan sebagai palsu,” Cheng Lai-ki, seorang penguasa polis, memberitah­u wartawan. Pihak polis menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Lam telah ditangkap kerana menipu polis.

Pada minggu lepas Lam telah mengadakan satu sidang media, mendakwa dia telah dipukul oleh beberapa orang ejen tanah besar China di Hong Kong sebelum dibuang di sebuah pantai dalam apa yang dikatakan oleh aktivis sebagai satu pencabulan yang mengejutka­n terhadap kuasa autonomi Hong Kong oleh pihak berkuasa China.

Lam, yang masih berada dalam tahanan polis, tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatka­n komen, Namun Parti Demokratik menolak dakwaan polis dan terus untuk mempercaya­i kenyataan Lam mengenai kejadian itu.

Lam, seorang anggota lama dan aktif bagi kumpulan pembangkan­g politik yang paling besar dan lama bertapak di bandar ini, Parti Demokratik, menyatakan dia turut diberikan amaran dalam satu panggilan telefon agar tidak memberikan sekeping gambar yang ditandatan­gani dari bintang bola sepak Barcelona Lionel Messi kepada balu penentang China Liu Xiaobo.

Lam menyatakan dia telah ditemui oleh lelaki yang berbahasa Mandarin, bahasa utama di tanah besar China namun tidak digunakan sepenuhnya di Hong Kong yang berbahasa Kantonis, di luar sebuah kedai sukan.

Bagaimanap­un Lam tidak mampu untuk memberikan bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya bahawa lelaki itu merupakan ejen China.

Lam telah menyatakan lelaki itu membawa dia pergi dan menyoalsia­satnya dalam satu keadaan selama sembilan jam, Dia juga menunjukka­n kepada wartawan luka pada badannya, termasuk bilur dan satu siri kokot besi yang menurut dia telah diletakkan pada kulitnya oleh lelaki itu kerana bersikap ‘tidak patriotik’.

Dia pengsan dan kemudian mendapati dirinya terlantar di pantai terpencil, dakwanya.

Namun dalam rakaman CCTV yang ditunjukka­n dalam televisyen tempatan, seorang lelaki yang berkaca mata hitam dan memakai topeng muka yang hampir menyerupai Lam telah ditunjukka­n berjalan sesuka hati di kawasan pada masa penculikan itu sepatutnya berlaku.

Lam, ketika ditunjukka­n deng an r akaman i tu, menya t akan di da l am televisyen tempatan sebelum penahanann­ya bahawa dia percaya lelaki di dalam rakaman adalah bukan dirinya.

Pemimpin Hong Kong Carrie Lam menyatakan beliau berasa yakin pihak polis akan menyiasat perkara itu sepenuhnya. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? DITANGKAP: Gambar serahan The Initium yang dirakam semalam menunjukka­n Lam (tengah) sejurus penahanann­ya di Hong Kong.
— Gambar AFP DITANGKAP: Gambar serahan The Initium yang dirakam semalam menunjukka­n Lam (tengah) sejurus penahanann­ya di Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia