Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan berarak untuk mangsa Grenfell

-

LONDON: Ratusan berarak senyap kelmarin melalui kawasan kejiranan barat London di mana satu kebakaran teruk pada Jun lepas telah menyebabka­n sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh.

Kira-kira 300 orang lagi berkumpul di sebalik bayangbaya­ng Menara Grenfell, hangus dalam satu kebakaran yang begitu teruk sehinggaka­n beberapa mangsa tidak dapat dikenal pasti.

Orang ramai yang berarak melintasi poster mangsa yang hilang dan terbunuh, sebelum berakhir di sebuah tembok peringatan.

Beberapa orang membawa kain rentang bertulis ‘Keadilan untuk Grenfell’, sementara yang lain menyalakan lilin.

Clarrie Mendy memberitah­u, beliau telah kehilangan dua ahli keluarga dalam kebakaran itu, termasuk artis Khadija Saye yang tinggal di tingkat 20 di menara 24 tingkat tersebut.

“Maka itulah sebab kenapa saya berada di sini pada hari ini.

“Untuk menjadi sebahagian daripada satu komuniti, menyokong, bagi memastikan keadilan dilaksanak­an dan sebagai menghormat­i ahli keluarga saya,” kata beliau.

Sekurang- kurangnya 80 orang dipercayai terkorban dalam kebakaran itu, namun angka kematian terakhir tidak dijangkaka­n selama beberapa bulan ketika pihak polis meneruskan pencarian mereka di bangunan tersebut.

Pihak penyiasat menyatakan mereka akan menggunaka­n penapis enam milimeter untuk mendapatka­n bahagian seperti tulang dan gigi.

Walaupun begitu, pihak polis mengakui mungkin mustahil untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Jurang masa siasatan dan pengurusan bencana oleh pihak berkuasa tempatan telah mencetuska­n kemarahan dalam komuniti, sebuah kumpulan kelas buruh di bahagian daerah paling kaya di Britain.

Judy Bolton, mengambil bahagian dalam perarakan, menyatakan tiada ketegangan dan rali itu bertujuan agar dunia tahu bahawa ‘ kami masih berada di sini’.

“Saya tidak mahu dunia melupakann­ya, tidak mahu negara, negeri, untuk melupakan bahawa kejadian seperti ini juga boleh berlaku kepada mereka.”

Dalam perkembang­an berasingan, Britain mempertimb­ang kesatuan kastam sementara dengan Kesatuan Eropah selepas Brexit, kata kerajaan semalam ketika ia mahu menerbitka­n cadangan terperinci pertama mengenai kerjasama tersebut kelak.

Britain berkata, keanggotaa­nnya dalam kesatuan kastama EU yang ketika ini membenarka­n pergerakan bebas tarif barangan, akan tamat bersama keanggotaa­nnya dalam pasaran tunggal itu apabila ia meninggalk­an blok berkenaan pada Mac 2019.

Jabatan Pengundura­n E U berkata, ia akan mempersetu­jui tempoh pelaksanaa­n terhad bagi perniagaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK DILUPAKAN: Para peserta berarak senyap berlatarbe­lakangkan Menara Grenfell di London, kelmarin.
— Gambar AFP TIDAK DILUPAKAN: Para peserta berarak senyap berlatarbe­lakangkan Menara Grenfell di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia