Utusan Borneo (Sarawak)

Rancang bom Oklahoma City, pemuda diberkas

-

WASHINGTON: Pihak berkuasa kelmarin mengumumka­n penahanan seorang lelaki yang cuba untuk meletupkan sebutir bom di Oklahoma City menyerupai serangan pengeboman maut pada 1995 oleh ekstremis antikeraja­an Timothy McVeigh di bandar yang sama.

Jer ry Blake Varnel l , 23, telah ditangkap pada Sabtu lepas selepas cuba untuk meletupkan apa yang disangkaka­nnya sebutir bom baja ammonia nitrat seperti yang digunakan McVeigh, di luar sebuah cawangan BancFirst di tengah bandar, menurut aduan jenayah yang difailkan di mahkamah daerah Oklahoma.

Varnell memberitah­u seorang ejen Biro Siasatan Persekutua­n ( FBI) yang menyamar dan seorang sumber yang bekerjasam­a bahawa dia ingin menyerang kerajaan, dengan sasaran awalnya Rizab Persekutua­n di Washington, lapan blok dari Rumah Putih.

Dia turut mempertimb­ang untuk menyerang pusat data Facebook dan Perkhidmat­an Pendapatan Dalam Negeri sebelum memutuskan untuk menyasari bank di Bandar Oklahoma, 210 kilometer di timur kediamanny­a di Sayre, Oklahoma.

“Saya fikir saya akan meneruskan­nya dengan bom yang digunakan oleh pengebom ( McVeigh),” Varnell dikatakan memberitah­u sumber FBI dalam satu mesej berenkrips­i.

“Apa yang berlaku di Oklahoma City bukanlah satu serangan ke atas Amerika, ia adalah pembalasan.

“Sekarang masa untuk revolusi,” ujarnya lanjut.

McVeigh membunuh 168 orang setelah meletupkan sebutir bom baja di luar sebuah bangunan persekutua­n di Oklahoma City pada 19 April, 1995.

McVeigh ditangkap tidak lama kemudian, dipenjarak­an dan pada 2001 dihukum mati atas jenayah tersebut.

Penahanan Varnell diumumkan dua hari selepas kumpulan ketuanan kulit putih dan pelampau kanan berbalah dengan penentang di Charlottes­ville, Virginia.

Seorang wanita terbunuh ketika seorang ekstremis merempuh dengan keretanya ke arah kumpulan penunjuk perasaan, dan dua anggota polis terkorban dalam satu nahas helikopter ketika memantau keganasan.

Varnell memberitah­u penyiasat dia menyokong pergerakan antikeraja­an haluan kanan “III% ers” dan ingin untuk membentuk sebuah kumpulan militia bersenjata.

Namun dia memberitah­u ejen yang menyamar bahawa, tidak seperti McVeigh, dia tidak mahu untuk membunuh ramai orang dengan pengeboman­nya, sebaliknya sekadar mahu melumpuhka­n kerajaan, menurut kepada aduan.

Varnell turut memberitah­u ejen dia ingin membuka jalan bagi menyampaik­an pesanannya mengenai pengeboman untuk menghalang kumpulan lain seperti Islamic State ( IS) daripada mengaku bertanggun­gjawab.

Menurut kepada aduan, Varnell dan ejen FBBI itu telah menghasilk­an bom di dalam sebuah van, dengan bahan tidak bertindak balas termasuk penutup botol yang meletup dan dinamit yang semunya dibekalkan oleh ejen tersebut.

Bom kaku itu kemudian diletakkan di luar bank dan Varnell segera diberkas pada awal pagi Sabtu selepas didapati cuba menggunaka­n telefon bimbit untuk meletupkan­nya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PELAN GANAS: Varnel l dalam gambar serahan tidak bertarikh Jabatan Penjara Oklahoma yang diperolehi kelmarin.
— Gambar AFP PELAN GANAS: Varnel l dalam gambar serahan tidak bertarikh Jabatan Penjara Oklahoma yang diperolehi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia