Utusan Borneo (Sarawak)

20 lagi maut di hospital India

-

GORAKHPUR: Seramai 25 kanak-kanak mati sepanjang hujung minggu di hospital kerajaan utara India yang mengalami kekurangan oksigen, menyaksika­n jumlah kematian kini mencecah 85, menurut pihak berkuasa.

Pihak media India mengaitkan 30 daripada kematian yang dilaporkan pada Khamis dan Jumaat lepas sebagai berpunca daripada kekurangan oksigen, di mana bil pembekal masih belum dibayar.

Pihak berkuasa melancarka­n siasatan mengenai punca gangguan bekalan oksigen namun menafikan laporan bahawa ia bertanggun­gjawab ke atas kematian di Kolej Perubatan Baba Raghav Das di Gorakhpur, wilayah utara Uttar Pradesh.

“Saya boleh mengesahka­n 12 kematian kanak- kanak pada Sabtu dan 13 orang Ahad lepas,” kata P.K Singh, pengerusi baharu hospital lewat kelmarin.

Singh dilantik selepas pemecatan mengejut pegawai sebelumnya minggu lepas.

Satu kenyataan rasmi awal mengesahka­n 60 kematian dalam masa lima hari bermula Isnin lepas.

Ketua menter i Yogi Adityanath, sami Hindu berpendiri­an keras dari parti Perdana Menteri Narendra Modi, berikrar menghukum sesiapa yang didapati cuai.

Wilayah itu antara termiskin di India dan mendaftark­an ratusan kematian kanakkanak setiap tahun akibat Japanese Encephalit­is dan Acute Encephalit­is Syndrome (AES).

“Kebanyakan daripada 25 mangsa maut pada hujung minggu mengalami AES,” menurut Singh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia