Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara tangguh serangan Guam

Kim menggesa latihan ketenteraa­n bersama Selatan dan AS tahun ini dibatalkan

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-u n berkata semalam beliau akan menangguhk­an pelan serangan misil dekat Guam, tetapi memberi amaran langkah yang amat provokatif itu akan diteruskan sekiranya Washington melakukan ‘tindakan semberono’ lanjut.

Agensi berita rasmi Utara KCNA berkata, Kim diberi taklimat mengenai pelan untuk ‘ tembakan menyeluruh’ ke Guam semasa pemeriksaa­n kelmarin pusat arahan Pasukan Strategik yang bertanggun­gjawab ke atas unit misil negara bersenjata nuklear itu.

Tetapi Kim berkata beliau akan melihat gelagat kurang bijak orang ‘Yankee’ sebelum membuat sebarang arahan.

“Sekiranya mereka meneruskan tindakan semborono yang amat berbahaya di semenanjun­g Korea, baharulah Korea Utara akan bertindak seperti mana yang telah diumumkan,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Untuk mengurangk­an ketegangan dan mencegah konflik ketenteraa­n berbahaya di semenanjun­g Korea, adalah perlu untuk Amerika Syarikat (AS) membuat pilihan yang betul terlebih dahulu,” tambah beliau.

Kenyataan Kim dipercayai mengambil kira latihan ketenteraa­n berskala besar yang diadakan setiap tahun oleh AS dan Korea Selatan yang dijangka bermula akhir bulan ini.

Kenyataan Kim dilihat membuka laluan kepada usaha mengurangk­an krisis yang diburukkan retorik antara Presiden AS Donald Trump dan kepimpinan Korea Utara.

Perbalahan mereka barubaru ini memfokus kepada ancaman Utara untuk melepaskan empat misil melangkaui Jepun ke arah wilayah AS Guam, yang menempatka­n beberapa pangkalan tentera strategik.

AS dan Korea Selatan menegaskan latihan bersama tahunan itu adalah bersifat pertahanan semata-mata, dan tidak boleh dikaitkan dengan program misil Utara yang melanggar sejumlah resolusi PBB.

Utara sentiasa mengecam latihan tersebut sebagai latihan provokatif untuk penceroboh­an dan pernah menawarkan moratorium ujian lanjut nuklear dan misil sebagai balasan bagi pembatalan­nya, satu tawaran yang dipromosi sekutu utama China, namun ditolak mentah-mentah Washington dan Seoul.

Pengumuman Ki m mencetuska­n kegembiraa­n di Guam di mana pegawai mengakui hampir teruja bahawa Utara telah berundur.

Presiden Korea Selatan Moon Jae- in mengulas semalam bahawa Seoul akan mengelak berulangny­a Perang Korea dengan apa cara sekalipun.

“Tindakan ketenteraa­n di Semenanjun­g Korea hanya boleh ditentukan oleh Republik KOrea dan tiada sesiapa boleh membuat keputusan untuk melancarka­n tindakan ketenteraa­n tanpa keizinan Republik Korea.

“Tetapi tidak akan ada dialog sebelum Utara menghentik­an provokasi nuklear dan misilnya,” tegas Moon.

Moon berkata demikian selepas Setiausaha Pertahanan Jim Mattis dan Setiausaha Luar Rex Tillerson menulis kolum pendapat dalam The Wall Street Journal yang menegaskan AS langsung tidak berminat dengan perubahan rejim di Pyongyang.

“Kami tidak mencari alasan untuk menempatka­n tentera AS utara Zon Tanpa Tentera.

“Kami tidak ingin membahayak­an rakyat Korea Utara yang sudah lama menderita, yang berbeza daripada rejim ganas Pyongyang.”

Mattis dan Tillerson menyeru China yang juga rakan dagangan utara Korea, untuk mengambil peluang mengenakan pengaruhny­a ke atas Pyongyang dan menundukka­n negara jirannya yang degil itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGGUH SAJA: Seorang wanita melintasi skrin televisyen memaparkan berita mengenai Kim menerima taklimat mengenai pelan serangan misil ke Guam, di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam.
— Gambar AFP TANGGUH SAJA: Seorang wanita melintasi skrin televisyen memaparkan berita mengenai Kim menerima taklimat mengenai pelan serangan misil ke Guam, di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia