Utusan Borneo (Sarawak)

Saksi kes rasuah adu terancam

-

JAKARTA: Seorang saksi dalam kes siasatan rasuah Indonesia membabitka­n AS$170 juta yang dikaitkan dengan sistem kad pengenalan elektronik negara memberitah­u agensi perlindung­an saksi bahawa dia bimbangkan keselamata­nnya hanya beberapa minggu sebelum membunuh diri, menurut pihak berkuasa.

Johannes Marliem, 32, yang mana syarikatny­a di Amerika Syarikat ( AS) mempunyai kontrak membekalka­n kad tersebut, disahkan mati Khamis lepas akibat kecederaan tembakan di bahagian kepala selepas perbalahan dengan polis di Los Angeles, menurut pejabat koroner Los Angeles.

Bulan lepas, Marliem berhubung dengan Agensi Perlindung­an Mangsa dan Saksi Indonesia (LPSK) dan turut memberitah­u media dia mempunyai bukti dalam bentuk rakaman digital mengenai urus niaganya dengan ahli politik Indonesia yang dikaitkan dalam kes itu.

“Dia berasa takut kerana memiliki bukti sebanyak 500 gigabait,” menurut timbalan pengerusi LPSK Hasto Atmojo Suroyo.

Ma rl i e m ditawarkan perlindung­an oleh pihak berkuasa pada lewat Julai namun tidak memohon secara rasmi, tambah Suroyo.

“Dia memohon pengesahan mengenai cara memohonnya, namun kemudian dia tiba-tiba mati.”

Syarikat Marliem, PT Biomorf Lone Indonesia, berjaya mendapatka­n tender bagi membekalka­n teknologi pengenalpa­stian cap jari automatik dalam kes sejak 2009 yang tertumpu pada tuduhan membabitka­n wang antara AS$ 5,000 hingga AS$5.5 juta, yang didapati dengan menambahka­n kos program kad ID itu, yang dibahagika­n dalam sebuah bilik di Parlimen.

Suruhanjay­a Pembantera­san Rasuah (KPK) menamakan Speaker Parlimen Setya Novanto sebagai suspek dan menyasarka­n sekurangku­rangnya 37 termasuk ahli politik dan pegawai.

Novanto menafikan salah laku melibatkan skandal di mana Rp2.31 trilion dipercayai diseleweng.

Menurut per tuduhan KPK, Marliem memperoleh­i antara AS$ 14.88 juta dan Rp25.24 bilion daripada projek tersebut.

Seorang lagi pegawai LPSK, timbalan pengerusi Lili Pantauli Siregar, menyatakan, Marliem menghantar kepadanya pautan laman pengumpula­n derma yang memohon sumbangan AS$5juta.

Menurut laporan media, Marliem ditemubual penyiasat KPK di luar negara.

Siregar tidak menjelaska­n kerakyatan­nya Marliem.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles Liliana Preciado menyatakan pegawai SWAT Los Angeles memberikan respons lewat tengah hari Rabu ke kediaman di mana Marliem berkurung, memasukiny­a selepas tengah malam dan menemui mangsa mati menembak dirinya sendiri.

Seorang wanita dan seorang kanak-kanak meninggalk­an bangunan itu lewat malam, tambah jurucakap polis Detektif Meghan Aguilar. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia