Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara halang serangan neo-Nazi di Britain meninggal dunia

-

LONDON: Seorang pesara yang menerima anugerah keberanian selepas cuba menyelamat­kan seorang Ahli Parlimen British yang dibunuh pada tahun lepas oleh seorang penyerang neo-Nazi telah meninggal dunia, menurut keluargany­a kelmarin.

Bernard Carter- Kenny, 79, cedera parah setelah membantu anggota perubatan Jo Cox yang diserang Thomas Mair, ekstremis kanan yang kemudian menikamnya.

Anaknya Phil Kenny mengesahka­n bahawa ayahnya meninggal dunia pagi semalam.

Pembunuhan Cox pada 16 Jun di kampung Birstall, utara England, mengejutka­n negara dan membawa kepada penangguha­n tiga hari berkempen sebelum referendum Britain bagi keanggotaa­n EU.

Carter- Kenny mendapat penghargaa­n Ratu Elizabeth II dengan Pingat George bagi keberanian dianugerah­kan Jun lalu, yang mengiktira­f tindakan beraninya di luar perpustaka­an Birstall ketika sedang menunggu isterinya.

Dalam kenyataan polisnya selepas serangan, pesara itu menyatakan beliau menyangka dapat mengejutka­n Mair dengan melompat ke atas belakangny­a tanpa menyedari penyerang itu bersenjata.

“Ketika saya mendekatin­ya, dia berpaling ke belakang dan melihat saya.

“Dia menghunus pisau dan terkena perut saya.

“Darah mula mengalir keluar dari celah jari saya.

“Saya melihat darah dan berkata ‘Oh Tuhanku’,” bekas pelombong memberitah­u polis.

MP Tracy Brabin, yang dilantik mewakili konstituen­si Cox selepas kematianny­a, menyatakan Carter-Kenny akan selamanya dikenang sebagai wira sebenar.

“Bernard seorang yang berani dan tidak mementingk­an diri sendiri, kami tidak akan melupakan beliau,” kata beliau.

Cox, yang mempertaha­nkan imigrasi dan berkempen untuk kekal dalam EU, telah ditikam sebanyak 15 kali oleh Mair yang turut melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota perundanga­n tersebut.

Lel aki neo- Nazi it u sekarang menjalani satu hukuman penjara seumur hidup setelah disabitkan bersalah membunuh Cox, mencederak­an Carter-Kenny, selain daripada memiliki senjata dan pisau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia