Utusan Borneo (Sarawak)

KELASI DIPERCAYAI JATUH SUNGAI DITEMUI LEMAS

-

MIRI: Seorang kelasi kapal tongkang ditemui mati lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampira­n sebuah kilang papan lapis di Kuala Baram di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Suhaili Jali, 54, ditemui sekitar jam 11.22 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak jauh dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6, Penguasa Kanan Bomba I (PgKBI) Law Poh Kiong berkata berikutan penemuan mayat mangsa, operasi SAR yang bermula jam 10.07 pagi semalam telah dihentikan jam 11.33 pagi.

Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat sekitar jam 8 malam, Ahad lalu semasa dihantar oleh rakannya yang bernama Asep, seorang warga negara Indonesia.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika melalui sebatang kayu balak yang direntang dari tebing sungai ke tongkang untuk dijadikan titi.

Turut dijumpai di tempat kejadian ialah sepasang selipar dan rokok milik mangsa.

Bagaimanap­un, kehilangan mangsa hanya disedari oleh rakan sekerja malam kelmarin setelah usaha mengesanny­a gagal sejak jam 8 pagi kelmarin.

Berikutan itu, satu laporan polis turut dibuat berhubung kehilangan mangsa yang berusia 54 tahun serta merupakan warga tempatan.

Menurut Law, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 11.53 malam, 14 Ogos lalu.

“Pasukan bomba telah bergegas ke lokasi kejadian namun gagal menemui si pemanggil dan ditambah tiada saksi serta maklumat tepat tentang kejadian menyebabka­n mereka (anggota) berpatah balik ke balai.

“Sekitar jam 6.19 pagi ini (semalam) pasukan bomba pergi semula ke lokasi untuk meneruskan pencarian dan komander operasi melaporkan memang benar berlaku kejadian mangsa jatuh ke Sungai Baram,” katanya.

Sehubungan itu, kata Law, pasukan bomba terus menggerakk­an operasi mencari dan menyelamat semalam melibatkan anggota dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Zon 6 sehingga mangsa ditemui jam 11.22 pagi.

 ??  ?? DITEMUI: Beberapa anggota dari unit PPDA Zon Miri mengangkat mayat mangsa ke darat, seterusnya dihantar ke Hospital Miri.
DITEMUI: Beberapa anggota dari unit PPDA Zon Miri mengangkat mayat mangsa ke darat, seterusnya dihantar ke Hospital Miri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia