Utusan Borneo (Sarawak)

PENGHARGAA­N USAHA MAJUKAN SUKAN

-

KUCHING: Saingan liga bola sepak tempatan terus mendapat sokongan padu daripada syarikat Lea Sports Centre (LSC).

Terbaharu, LSC bersetuju menaja saingan Liga Samarahan-LSC 2017 anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan (PBBS) yang telah memulakan aksi pada minggu lepas.

Majlis penyerahan tajaan itu berlangsun­g semalam dan disempurna­kan oleh Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn Bhd, Raymond Sim Hee Pang bersama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga Penaung PBBS Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Bangunan Baitul Makmur.

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan, Pengerusi Liga SamarahanL­SC 2017 Mohd Iskana Bujang serta barisan Exco PBBS yang lain.

“Usaha Samarahan FA mendapat sokongan padu daripada LSC di mana mereka aktif mencari bakat-bakat terpendam dari luar bandar.

“Liga seumpama ini mampu memberi peluang kepada pemain bola sepak yang menyerlah dari bahagian Samarahan mewakili bahagian mahupun menyarung jersi negeri dan kebangsaan pada masa hadapan,” ujar Raymond ketika ditemui.

Liga Samarahan/LSC 2017 sudah bermula 12 Ogos lalu menyaksika­n tujuh pasukan berentap memburu gelaran.

Tiga daripadany­a merupakan pasukan musim lalu iaitu Sambir Bistari, Ocean Eagle dan Kapaku FC.

Mereka akan dicabar empat muka baru iaitu CAPE United, Lariwoo FC, Simunjan N.25 dan Tebelu s2 United.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia