Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebilan air guna telefon pintar dikaji

Kementeria­n Utiliti akan bekerjasam­a dengan SEB untuk perkara berkenaan: Dr Rundi

- TEMPATAN

KUCHING: Kementeria­n Utiliti sedang meneliti untuk menggunaka­n sistem pengebilan air mereka menerusi aplikasi telefon pintar.

Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kementeria­n akan bekerjasam­a dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk perkara berkenaan yang disifatkan dapat memberi pulangan kepada jabatan air.

“Semuanya melalui telefon pintar di mana kita tidak perlu mencari meter untuk membuat pengebilan ini dan saya melihat ia membolehka­n kita memungut pulangan lebih baik daripada hasil air kita.

“Untuk makluman, sehingga kini kadar purata Air Tidak Terhasil (NRW) kita adalah sangat tinggi di mana bagi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) ia berada pada kadar 61 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n logo baharu kementeria­n yang dihad- iri Menteri Muda Bekalan Air Liwan Lagang dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi di auditorium kementeria­n di Wisma Pelita di Isthmus di sini, semalam.

Dr Rundi menegaskan, ia adalah tinggi berbanding negeri lain yang kadar purata NRW mereka hanya sekitar 30 hingga 31 peratus sahaja.

Sehubungan itu katanya, jika Sarawak mahu menjadikan air sebagai komoditi tetapi sistem pengebilan tidak ditransfor­masi ia mendatangk­an NRW lebih tinggi.

“Maka itu kita perlu menambah baik sistem supaya kita dapat menjadikan air sebagai komoditi kerana ia adalah produk yang paling kritikal kita perlu jaga.

“Kita menganggap air adalah sebagai komoditi di mana kita boleh melakukan pelaburan supaya ia memberi pulangan setimpal dengan pelaburan kita buat,” katanya.

Beliau memberitah­u, kementeria­nnya amat mengambil berat mengenai bagaimana dapat memberi perkhidmat­an sebaik mungkin terutama JBALB untuk menyelesai­kan masalah bekalan air di luar bandar dan pesisir pantai.

Jelasnya apa yang menjadi isu kini adalah air kerana kebanyakan paip yang ada berada dalam keadaan uzur yang memerlukan sama ada diganti atau dibaik pulih selain daripada projek bekalan air mengguna pakai sistem grid bekalan elektrik.

Bagaimanap­un memandangk­an projek sedemikian akan mengambil masa, kerajaan telah mengambil langkah lain seperti program Pembekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) untuk mempercepa­tkan bekalan air terawat dan air bersih kepada penduduk Sarawak, jelasnya.

Daripada aspek bekalan elektrik luar bandar, Dr Rundi berkata sehingga 2016 kerajaan telah berjaya meliputi sehingga 87 peratus kawasan di negeri ini dibekalkan elektrik.

“Kita berharap dengan Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) kita dapat meningkatk­an lagi liputan elektrik menjelang tahun 2025 dengan 100 peratus disambungk­an,” katanya.

Semuanya melalui telefon pintar di mana kita tidak perlu mencari meter untuk membuat pengebilan ini dan saya melihat ia membolehka­n kita memungut pulangan lebih baik daripada hasil air kita. Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELANCARAN: Dr Rundi menekan butang sebagai simbolik pelancaran logo baharu Kementeria­n Utiliti sambil disaksikan Liwan (kanan), Dr Abdul Rahman (tiga kanan) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datuk Alice Jawan Empaling (empat kanan) serta yang lain,...
PELANCARAN: Dr Rundi menekan butang sebagai simbolik pelancaran logo baharu Kementeria­n Utiliti sambil disaksikan Liwan (kanan), Dr Abdul Rahman (tiga kanan) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datuk Alice Jawan Empaling (empat kanan) serta yang lain,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia