Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Penghidap sakit buah pinggang dicekup

Ganja, ekstasi dirampas; suspek mengaku edar dadah untuk tampung keperluan belanja perubatan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang penghidap sakit buah pinggang ditangkap selepas didapati memiliki dedaun kering dipercayai dadah jenis ganja yang diisi ke dalam beberapa batang rokok dan sejumlah pil ekstasi dipercayai untuk dijual di sekitar bandar raya ini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditangkap anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Leboh Sekama di sini sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut menemui dedaun kering dipercayai ganja, 55 batang rokok berisi campuran tembakau dan ganja serta 29 biji pil disyaki ekstasi yang disembunyi­kan di dalam laci di bilik tidur suspek.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku kesemua dadah tersebut adalah miliknya yang didakwanya diperolehi dari seorang lelaki Melayu di Matang untuk diedarkan di sekitar bandar raya (Kuching) ini.

“Suspek selain itu mengaku mengedar dadah sejak kira-kira setahun lalu untuk menampung keperluan perbelanja­an perubatan sakit buah pinggang yang dialaminya,” kata Sahar dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya juga, kesemua dadah tersebut dianggarka­n bernilai sekitar RM9,520.

“Berat kasar bagi ganja adalah sekitar 108 gram dan ekstasi kira- kira sembilan gram dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n RM9,520,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seskyen 39A(2) dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek kini ditahan di lokap polis untuk siasatan lanjut, “kata Sahar.

Sementara itu, beliau turut menyeru orang ramai agar tampil menyalurka­n maklumat berhubung sebarang aktiviti penyalahgu­naan dadah.

“Kejayaan menangkap suspek adalah hasil daripada maklumat awam serta risikan polis dan kita sentiasa mengalu- alukan sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan ini dapat memaklumka­n kepada kita agar tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Suspek selain itu mengaku mengedar dadah sejak kira-kira setahun lalu untuk menampung keperluan perbelanja­an perubatan sakit buah pinggang yang dialaminya. Superinten­den Sahar Abdul Latif Ketua JSJN Sarawak

 ??  ?? RAMPAS: Dadah yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia