Utusan Borneo (Sarawak)

Rancang penambahba­ikan terhadap pencemar udara

Pengilang sawit diharap rancang patuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pemain industri perkilanga­n kelapa sawit diharap mempunyai perancanga­n untuk melaksanak­an penambahba­ikan terhadap pencemar udara sebagai persiapan awal premis mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 berkuat kuasa Jun 2019.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Mohd Hidzir Bakar berikutan pelaksanaa­n had baharu kelegapan, nilai batas dan piawaian teknikal harus dipatuhi selepas lima tahun ia dikuatkuas­akan sejak 4 Jun 2014.

“Sekiranya pengeluar pencemar udara dari kilang tidak mematuhi had kelegapan, nilai batas dan piawaian teknikal dalam PPKAS (Udara Bersih) 2014, anda perlu mengambil tindakan penambahba­ikan.

“Harap ada perancanga­n untuk melaksana penambahba­ikan sebagai persediaan premis untuk mematuhi had baharu PPKAS nanti,” katanya.

Sekiranya pengeluar pencemar udara dari kilang tidak mematuhi had kelegapan, nilai batas dan piawaian teknikal dalam PPKAS (Udara Bersih) 2014, anda perlu mengambil tindakan penambahba­ikan. Mohd Hidzir Bakar Pengarah JAS Sarawak

Beliau berkata demikian semasa penutupan Seminar Pematuhan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling ( AKAS) 1974 dan Majlis Penyerahan Lesen Pematuhan Kilang Kelapa Sawit Sesi 2017/2018 di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada majlis itu sebanyak 79 premis menerima lesen kilang kelapa sawit bagi tempoh 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2018.

Beliau berkata pihaknya telah memproses 77 pembaharua­n lesen dan dua permohonan lesen baharu.

Sebelum ini, JAS telah memberi lesen kepada 79 premis untuk beroperasi bagi tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017.

“Kini kami proses 77 pem- baharuan lesen, dua permohonan baharu dan dua premis ditutup sementara,” katanya.

Mengulas lanjut, Hidzir berkata dalam tempoh 2016/2017, terdapat beberapa kes ketidakpat­uhan efluen dan tindakan penguatkua­saan telah diambil terhadap kilangkila­ng berkenaan.

Sehubungan itu, katanya pihak jabatan berharap pematuhan pelepasan efluen dapat dicapai melalui pelaksanaa­n pengawasan prestasi terhadap sistem pengolahan kilang.

“Kita harap perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang termasuk ketidakpat­uhan kepada pencemar buangan berjadual,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an bahawa had pelepasan oksigen biokimia yang diperlukan dalam tempoh tiga hari (BOD3) sebanyak 50 miligram/liter yang ditetapkan Kerajaan Negeri Sarawak akan tamat pada April 2018.

Had BOD, katanya mungkin akan diketatkan semula kepada 20ml/l selepas tamat tempoh sedia ada.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaik­an Anugerah KKS Lestari kepada empat kilang melibatkan Raja Udang Palm Oil Mill (Kuching), Igan Palm Oil Mill (Sibu), Sop Sabaju Palm Oil Mill (Bintulu) dan Saremas II Palm Oil Mill (Miri).

 ??  ?? TAHNIAH: Hidzir menyerahka­n lesen kepada salah seorang wakil premis pada Seminar Pematuhan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Majlis Penyerahan Lesen Pematuhan Kilang Kelapa Sawit Sesi 2017/2018 di sebuah...
TAHNIAH: Hidzir menyerahka­n lesen kepada salah seorang wakil premis pada Seminar Pematuhan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Majlis Penyerahan Lesen Pematuhan Kilang Kelapa Sawit Sesi 2017/2018 di sebuah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia