Utusan Borneo (Sarawak)

Pencari kerja di negeri ini dipelawa hadiri Minggu Kerjaya Kenyalang

-

KUCHING: Pencari kerja sekitar negeri ini dipelawa menghadiri Minggu Kerjaya Kenyalang, yang merupakan sebahagian daripada Karnival Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 yang diadakan serentak di Sabah dan Semenanjun­g Malaysia, bermula hari ini hingga Rabu depan (17-23 Ogos).

Menurut kenyataan akhbar semalam, Minggu Kerjaya Kenyalang merupakan kesinambun­gan daripada penganjura­n Program Jelajah Kerjaya Kenyalang Siri 1 Tahun 2017 dan ia merupakan satu pendekatan secara ‘outreach’ untuk mendedah dan memberi penerangan serta perkhidmat­an secara terus kepada masyarakat.

Program yang melibatkan 100 majikan serta dianggar- kan 7,000 kekosongan jawatan bakal ditawarkan, akan diadakan di Dewan Suarah Bintulu, Dewan Masyarakat Bekenu, Pasar Tamu Marudi, Dewan Kampung Bunga Raya Limbang dan Taman Awam Lawas.

“Konsep pelaksanaa­n program kali ini adalah sedikit berbeza daripada penganjura­n sebelum ini berikutan konsep penganjura­n karnival kerjaya akan dilaksanak­an secara setempat dan tidak melibatkan sebarang pergerakan kumpulan konvoi,” kata kenyataan tersebut.

Program sempena Bulan Kemerdekaa­n itu dianjurkan Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak.

Manakala Kembara Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 ( Train Ride Sabah) akan diadakan dari 18 hingga 20 Ogos ini, di mana program julung kali diadakan itu melibatkan pergerakan atau penjelajah­an menaiki gerabak kereta api serta turut disertai secara konvoi kenderaank­enderaan pacuan empat roda ke lokasi-lokasi terpilih, bermula dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru, Beaufort, Tenom dan Sipitang.

Program itu akan turut disertai beberapa jabatan dan agensi persekutua­n dan negeri, penyedia latihan dan majikan-majikan sektor swasta yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada pencari kerja daerah- daerah terlibat secara temu duga terbuka serta penempatan secara terus pada akhir program.

Antara matlamat program adalah memberi perkhidmat­an terutama peluang pekerjaan dan latihan kepada masyarakat tempatan yang berada di lokasi luar dari bandar raya Kota Kinabalu dan strategi baharu tersebut menawarkan peluang pekerjaan dengan kerjasama para majikan yang menawarkan kekosongan jawatan di seluruh Sabah menaiki pengangkut­an kereta api dan mengadakan temu duga terbuka di dalam gerabak kereta api.

Ini kerana kereta api antara pengangkut­an yang digunakan oleh masyarakat di Sabah terutama yang mempunyai laluan keretapi daripada Stesen Tanjung Aru hingga ke Tenom dan dijangka lebih 20 majikan akan turut serta dengan tawaran lebih daripada 1,500 peluang pekerjaan.

Antara pengisian program juga melibatkan sesi ceramah kerjaya mengenai pengenalan organisasi dan peluangpel­uang pekerjaan oleh majikan yang turut serta dalam program, pameran kerjaya dan Hari Bertemu Pelanggan daripada setiap jabatan dan agensi yang terlibat.

Di Zon Selatan pula, Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 2017 juga akan diadakan pada 18 hingga 20 Ogos ini melalui Stesen Seremban, Stesen Kluang dan Stesen Pulau Sebang.

Simbolik pelancaran melalui ‘ Train Ride’ menaiki kereta api dengan rombongan program diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan disertai seramai 160 sukarelawa­n kerjaya.

Ia akan melibatkan empat stesen kereta api, bermula dari Kuala Lumpur Old Station (KLO), Seremban, Kluang dan Pulau Sebang dalam perjalanan balik, dan di setiap stesen, karnival kerjaya akan dilakukan di lokasi berhampira­n seperti Seremban Prima, Negeri Sembilan, Rabu Kluang, Johor dan Pusat Kecemerlan­gan Kejurutera­an dan Teknologi (CREaTE) Alor Gajah, Melaka.

Program itu akan melibatkan lebih 100 majikan dengan menawarkan keselu- ruhan kekosongan jawatan sebanyak 6,000 jawatan di lokasi berkenaan.

Bagi kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut kategori kelayakan diploma dan ijazah ke atas sebanyak 1,500 (25 peratus), Sijil Kemahiran pula sebanyak 2,040 ( 34 peratus) kekosongan jawatan untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah pula adalah sebanyak 2,460 ( 41 peratus) kekosongan jawatan.

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut sektor adalah pembuatan 3,200 kekosongan jawatan, perkhidmat­an 2,200 kekosongan jawatan dan 600 sektor-sektor lain. Secara puratanya, gaji yang ditawarkan bermula RM 1,000 hingga 6,000 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia