Utusan Borneo (Sarawak)

MPKS tidak perbaharui semua permit hiburan awam

-

KOTASAMARA­HAN: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) mengambil tindakan memerangi perjudian haram dengan tidak memperbaha­rui semua permit hiburan awam di bawah bidang kuasanya, baru-baru ini.

Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, MPKS kesal dan serik dengan individu yang menggunaka­n permit sah mereka untuk melakukan kegiatan haram atau perjudian.

“Kita berasa tidak senang dengan mereka yang menggunaka­n permit sah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“MPKS menerima banyak aduan awam mengenai perkara ini,” katanya dalam satu keny- ataan di sini, semalam.

Katanya, dengan itu kini lebih senang bagi pihak berkuasa khasnya polis menangkap individu berkaitan atau terlibat dalam perjudian haram di kawasan MPKS.

“Perjudian haram membawa kepada banyak masalah sosial yang teruk termasuk kanakkanak mungkin sanggup mencuri wang orang tua mereka, penglibata­n pengedaran dadah, antisosial dan sebagainya.

“Selain itu Kota Samarahan adalah kota ilmu dan tidak lama lagi akan menjadi kota kesihatan.

“Saya tidak mahu ada yang memanggil kita sebagai bandar judi kerana ia sangat memalukan,” tegasnya.

Minos berkata, majlis per- bandaran mahu Samarahan menjadi tempat yang bukan sahaja bersih tetapi selamat untuk tinggal.

Katanya meskipun hanya mempunyai 60 ahli, pihaknya berusaha sebaik mungkin untuk menghidupk­an imej MPKS.

“Kita mahu bandar Samarahan berkembang dengan baik serta dikenali sebagai tempat yang sesuai untuk tinggal.

“Ia terutama jika cadangan hab perubatan bersepadu RM4 bilion dibina seperti yang diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini.

“Ini adalah kebanggaan kami selain daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM),” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia