Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak semua gigitan haiwan perlu suntikan vaksin antirabies

-

KUCHING: Tidak semua kes gigitan haiwan memerlukan suntikan vaksin antirabies kerana setiap kes perlu dinilai secara klinikal oleh pakar perubatan.

Jabatan Kesihatan Negeri menjelaska­n, pakar akan menilai sebelum ditentukan sama ada vaksin diperlukan atau sebaliknya.

“Untuk makluman, bukan semua kes gigitan memerlukan suntikan vaksin antirabies,” kata kenyataan daripada sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri di sini, semalam.

Sehubungan itu jabatan kesihatan memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 hingga kini, segera melakukan pemeriksaa­n di manamana fasiliti kesihatan terdekat.

Pada masa sama jabatan mendedahka­n, setakat semalam sebanyak 107 kes gigitan haiwan baharu dilaporkan, menurut Jabatan Kesihatan Negeri.

Daripada kes berkenaan 23 adalah di bahagian Serian, tiga kes dari bahagian Sri Aman, 80 kes dari bahagian Kuching dan satu kes dari bahagian Samarahan.

Daripada jumlah tersebut 86 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 51 kes, kucing 34 kes dan kelawar satu kes.

“Manakala, 21 kes pula melibatkan haiwan liar atau tidak bertuan iaitu anjing 14 kes dan kucing 7 kes.

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku mulai 1 April 2017 hingga hari ini (16 Ogos 2017), adalah berjumlah 2,500,” menurut kenyataan lagi.

Secara kumulatif juga, seramai 957 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Program Pemvaksina­n Anjing bagi mengawal penularan penyakit rabies akan diteruskan di kawasan berikut dalam daerah Serian pada hari ini, iaitu 17 Ogos 2017.

Ia termasuk Kampung Danau Keranggas, Kampung Danau Keranggas Baru dan Kampung Danau Melikin, Kampung Linsat - Batu Kudi, Kampung Ensebang Kuari, Kampung Ensebang Kuari Baru dan Kampung Ensebang Padang Bilun.

Program pemvaksina­n juga diadakan di Kampung Ensebang Plaie, Kampung Ensebang Plaie A, Kampung Ensebang Plaie B dan Kampung Ensebang Sungai Burak, Kampung Igom, Kampung Murud Plaman, Kampung Murud Mawang dan Kampung Segenam, Kampung Rituh Labuan, Kampung Bedega, Kampung Seruit dan Kampung Rituh Mawang.

Turut terlibat Kampung Soh, Kampung Raeh, Kampung Bintawa Lama, Kampung Bintawa Sungai Barie, Kampung Sabal Kruin Baru, Kampung Sabal Apeng, Kampung Sungai Kurak dan Kampung Sungai Paoh serta Kampung Sungai Pinang, Kampung Telagus dan Kampung Jirok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia