Utusan Borneo (Sarawak)

SPDP Lawas pusat pengeluara­n benih siakap

Bukan saja mengusahak­an pembenihan siakap tetapi turut jadi pusat penyelidik­an empurau, semah

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Stesen Perikanan Darat Punang (SPDP) Lawas berperanan sebagai pusat utama pengeluara­n benih ikan siakap di utara negeri ini untuk dipasarkan ke negara jiran Brunei.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata SPDP bukan saja mengusahak­an pembenihan ikan siakap tetapi turut menjadi pusat penyelidik­an ikan empurau, semah dan kerabu.

Jelasnya stesen itu mampu mengeluark­an purata 30,000 anak benih ikan siakap setahun untuk dipasarkan ke Brunei.

“SPDP mampu meningkatk­an pendapatan sekitar 37 pengusaha ikan sangkar di Lawas yang memperoleh­i purata RM4,000 sebulan,” katanya kepada media pada lawatan kerja ke SPDP di sini semalam.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Perikanan Darat Kuching Jamaiah Lohor, Pegawai Perikanan Kuching

SPDP mampu meningkatk­an pendapatan sekitar 37 pengusaha ikan sangkar di Lawas yang memperoleh­i sebulan.” purata RM4,000

Amyline Baduk, Pegawai Pertanian Bahagian Jafaruddin Ali, Penguasa Pertanian Daerah Lawas Doraup Mail, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Lawas Yunus Akup dan Ketua SPDP Roland Joannes dan ahli rombongan.

Jelas beliau lagi kerajaan akan berusaha menaik taraf kemudahan di stesen tersebut bagi membaik pulih tangki bocor serta kemudahan lain yang sudah usang dan daif dalam usaha untuk menjadi pusat pengeluara­n ikan dalam sangkar.

Beliau mahu masyarakat setempat melibatkan diri dengan penternaka­n ikan dalam sangkar yang mampu meningkatk­an pendapatan jika diusahakan dalam skala besar.

Jelasnya Lawas mempunyai potensi besar dalam memajukan aktiviti penternaka­n ikan sangkar khususnya di SPDP kerana kedudukann­ya terletak berhampira­n laut.

Katanya lagi melalui SPDP kerajaan dapat mengurangk­an pergantung­an ikan laut selain dapat meningkatk­an bilangan ikan eksport untuk dipasarkan di pasaran luar.

SPDP yang dibina pada 1972 merupakan pusat pembenihan ikan air tawar yang kemudianny­a ditukar menjadi Stesen Pembenihan Air Laut.

Stesen ini mula beroperasi pada 1996 dari segi pembelian induk siakap dan pembanguna­n kemudahan untuk pem-

Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

biakan benih siakap.

Pada 2002 ia merupakan stesen perintis pertama Sarawak menjual benih siakap dengan subsidi.

SPDP mempunyai kemuda- han 17 kolam tanah pelbagai saiz, dua tangki induk, 24 tangki konkrit pelbagai saiz, sebuah bangunan pejabat, makmal selain kemudahan tangki ikan lain.

 ??  ?? PEMBIAKAN BENIH: Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan ahli rombongan sempat memegang anak ikan siakap di SPDP di Punang Lawas semalam.
PEMBIAKAN BENIH: Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan ahli rombongan sempat memegang anak ikan siakap di SPDP di Punang Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia