Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan masyarakat jayakan pembanguna­n k’jaan

-

SPAOH: Sokongan masyarakat sekitar dalam pelaksanaa­n projek pembanguna­n dibawa kerajaan memberi kesan positif dalam menggerakk­an kemajuan pentadbira­n kampung seterusnya merancakka­n ekonomi masyarakat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam berkata projek pembanguna­n yang dilaksana kerajaan akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

“Kerajaan menyediaka­n pelbagai platform untuk dijadikan sebagai satu usaha merancakka­n pembanguna­n masyarakat luar bandar agar tidak ketinggala­n mengecapi kemudahan asas yang seharusnya mereka terima.

“Namun apa yang berlaku terdapat sedikit kesulitan berhubung pelaksaan projek menaik taraf pembinaan jalan lorong laluan ke rumah penduduk yang terganggu berpunca daripada pelbagai masalah,” katanya.

Jelasnya, perkara ini agak mengecewak­an kerana masalah yang berlaku dapat diselesai dengan semangat toleransi penduduk kampung sekali gus tidak menyulitka­n pelaksanaa­n projek pembanguna­n di kawasan masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung masalah kelewatan pelaksanaa­n projek pembanguna­n dalam kawasannya selepas melakukan aktiviti turun padang meninjau aduan dikemuka penduduk di Kampung Sebemban dekat sini.

Tambahnya kerjasama semua pihak menyelesai­kan bersama masalah terbabit adalah sesuatu yang dituntut.

Beliau turut menggesa penduduk kampung agar mengutama semangat perpaduan dan membawa kesepakata­n dalam menyelesai­kan sesuatu masalah.

“Oleh yang demikian, dalam situasi sebegini saya melihat penduduk kampung yang berumah di sepanjang jalan ini perlu duduk bersama untuk berbincang.

“Saya mohon jangan disulitkan urusan pembanguna­n, sebaliknya wajar memberi kerjasama antara satu sama lain agar projek yang dijalankan tidak tergendala,” jelasnya.

Razi berharap pemimpin di peringkat akar umbi dapat memainkan peranan sewajarnya sebagai pemudah cara menyelesai­kan sebarang isu dan masalah.

 ??  ?? TURUN PADANG: Razi ketika meninjau kawasan projek menaik taraf pembinaan lorong ke rumah penduduk yang mengalami masalah kelewatan.
TURUN PADANG: Razi ketika meninjau kawasan projek menaik taraf pembinaan lorong ke rumah penduduk yang mengalami masalah kelewatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia