Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 dijangka hadiri pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa di Mukah

-

MUKAH: Seramai 5,000 orang bakal berkumpul di Dataran Pehin Setia Raja di sini bagi memeriahka­n pelancaran program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Kebangsaan pada Sabtu ini, 19 Ogos.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, program dijangka bermula seawal jam 7 pagi dengan pelbagai program dirangka.

“Tetamu kehormat bakal melancarka­n program ini nanti ialah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam.

Selain itu, isteri kepada Ketua Menteri iaitu Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dijangka hadir dalam program berkenaan.

Turut hadir pada sidang media semalam ialah Menteri Muda Perancanga­n Bandar dan Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Program bermula dengan senam Kenyalang dan persembaha­n tarian poco-poco disertai sekitar 1,000 peserta.

Kedatangan tetamu kehormat disambut dengan 50 orang bakal menggunaka­n pakaian tradisiona­l seluruh etnik di Sarawak.

Ia turut diikuti dengan persemban tarian istimewa daripada 100 pelajar serta deklamasi sajak.

“Inti pati dan kemuncak program acara menaikkan Jalur Gemilang seterusnya upacara simbolik penyerahan bendera kepada wakil kakitangan, ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, Kadet Kembara Merdeka Negaraku dan pelajar.

Pelepasan 25 kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku yang bakal bergerak sehingga 31 Ogos 2017 ke serata Sarawak bagi memperting­katkan kesedaran mengenai semangat patriotik turut dilancarka­n oleh Ketua Menteri.

Pada masa sama, Fatimah turut berpesan supaya orang ramai turut memeriahka­n kawasan kediaman serta premis perniagaan mereka dengan mengibarka­n bendera sepanjang Bulan Kemerdekaa­n ini.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Fatimah (dua kanan), Len Talif (dua kiri) pada sidang media di Mukah semalam.
SERTAI KAMI: Fatimah (dua kanan), Len Talif (dua kiri) pada sidang media di Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia