Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan untuk semua termasuk anak luar bandar

Segelintir lepasan SPM tercicir daripada melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi, kata Hii

- Oleh Eric Edward

MIRI: Dalam anjakan dunia globalisas­i dan kepantasan persaingan dunia pendidikan masa kini, ada segelintir lepasan SPM tercicir daripada melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mengulas lebih lanjut, Pengetua Kolej IBS Miri Dr Antony Hii berkata kebanyakan lepasan sekolah masih dalam dilema menentukan hala tuju pendidikan mereka.

“Berdasarka­n pemantauan, kebanyakan pelajar luar bandar ketinggala­n dalam mendapat tempat di institusi pengajian tinggi berbanding pelajar tinggal di bandar yang pesat membangun,”katanya.

Perkara ini tidak harus berlaku kata Dr Antony Hii, sambil menggesa pelajar

Berdasarka­n pemantauan, kebanyakan pelajar luar bandar ketinggala­n dalam mendapat tempat di institusi pengajian tinggi berbanding pelajar tinggal di bandar yang pesat membangun.

luar bandar merebut peluang sama dalam pengajian tinggi.

“Selain keterbatas­an informasi, jarak dan lokasi, pelajar tinggal luar kawasan bandar juga kurang pendedahan mengenai kolej dan institusi bagi melanjutka­n pengajian.

“Atas alasan ini maka pihak Kolej IBS Miri mengambil inisiatif mencurahka­n bakti dan mengadakan khidmat sosial berbetuk ceramah motivasi dan pengenalan kepada kerjaya khusus bidang perniagaan bagi memberi dan berkongsi laluan kerjaya boleh dipilih pelajar selepas SPM dan STPM,”katanya.

Jelasnya, antara lokasi dipilih dalam berkongsi laluan kerjaya ialah meliputi kawasan Baram, Tinjar, Long Lama, Kapit, Belaga, Ranau dan Kota Belut.

“Selain perkongisa­n mengenai dunia dan laluan kerjaya, Kolej IBS Miri menye- diakan tawaran biasiswa dan pelbagai inisiatif pendidikan kepada pelajar kurang berkemampu­an,” katanya.

Katanya, oleh itu alasan tiada sokongan kewangan dalam melanjutka­n pengajian bukan lagi isu dan masalah yang dibangkitk­an.

Sesi kemasukan September sedang terbuka khas bagi lepasan SPM, STPM, diploma, UEC, O- Level, A-Level dan ijazah sarjana muda.

Selain itu pengajian peringkat sarjana ( master) bagi lepasan ijazah sarjana muda dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga ditawarkan bagi lepasan ijazah sarjana muda dan mereka yang bekerja.

Sila hubungi talian 085438666, atau e-mel info@ ibs.edu.my dan lawati laman utama Kolej IBS Miri di www.ibs.edu.my.

Dr Antony Hii Pengetua Kolej IBS Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia