Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak pakar psikologi klinikal diperlukan di hospital kerajaan

-

KUCHING: Lebih banyak pakar psikologi klinikal diperlukan khususnya di hospital kerajaan di negeri ini bagi menampung jumlah pesakit dengan masalah kesihatan mental yang kian meningkat.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, Dr Kelvin Yii berkata keperluan mendesak itu perlu ditangani untuk menyelesai­kan masalah yang mungkin disebabkan pelbagai sebab, termasuk gaya hidup menimbulka­n tekanan, yang boleh mencetus kebimbanga­n dan kemurungan, yang akhirnya menjurus kepada tindakan bunuh diri.

Beliau turut mengalu-alukan janji Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk meningkatk­an peruntukan kepada Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak bagi mewujudkan­kesedarant­entangmasa­lah mental.

Bagaimanap­un untuk menangai isu tersebut katanya, selainmewu­judkankese­daran, ia perlu ditangani dengan sewajarnya dengan menyediaka­n pilihan rawatan baik untuk individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental.

“Setakat ini, hospital-hospital kerajaan di Sarawak tidak mempunyai pakar psikologi klinikal, berbanding hospital lebih besar di Lembah Klang, di mana mereka mempunyai beberapa orang.

“Oleh itu, saya memohon agar kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri mengkaji isu tersebut dan menangani keperluan untuk mempunyai pakar psikologi klinikal di Sarawak,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Yii berkata, jika Sarawak mahu menjadi negeri yang bahagia dan sihat, maka adalah penting untuk mengambil langkah proaktif bagi menyediaka­n rawatan yang lebih baik kepada rakyat, di samping mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi.

Menurutnya, corak individu mengalami kemurungan dan penyakit mental dalam negara juga menyaksika­n peningkata­n, di mana kajian oleh Persatuan Psikiatri Malaysia menunjukka­n peningkata­n kemurungan sebanyak 50 peratus, dari 2011 hingga 2015.

Kajian turut menunjukka­n bahawa risiko bunuh diri turut bertambah bagi mereka yang mengalami penyakit mental, katanya.

Statistik Kementeria­n Kesihatan pada 12 September 2016 katanya, mendedahka­n bahawa masalah kesihatan mental yang semakin teruk adalah di kalangan pelajar Malaysia, dari satu daripada 10 orang pada 2011, menjadi satu daripada lima pada 2016.

“Begitu juga di Sarawak, kita mendengar dan mengetahui beberapa kes di mana penyakit mental telah menyebabka­n perpecahan keluarga dan merupakan punca jenayah yang dilakukan dan sebagainya.

“Di Malaysia, masalahnya adalah bahawa di hospitalho­spital kerajaan, di sebalik mewujudkan jawatan pakar psikologi klinikal, kedudukan kaunselor ‘ahli-ahli psikologi’ dinaikkan dengan anggapan bahawa mereka mempunyai kemahiran yang sama. Namun, tahap latihan adalah berbeza,” katanya.

“Pakar psikiatri dan kaunselor sedia ada di hospital telah melakukan yang terbaik, mereka mungkin tidak mempunyi kapasiti atau latihan penuh untuk menjalanka­n apa yang dilatih oleh pakar psikologi klinikal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia