Utusan Borneo (Sarawak)

Harga runcit minyak kekal ditentukan secara mingguan

Mekanisme terbaik, benar-benar ikut harga pasaran dunia

-

KUALA LUMPUR: Penentuan harga runcit petrol dan diesel kekal dibuat secara mingguan dengan kerajaan tidak bercadang mengembali­kan penentuan harga bahan api itu secara bulanan.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penentuan harga secara mingguan merupakan mekanisme terbaik kerana harga minyak benar-benar ditentukan mengikut harga pasaran dunia.

“...( penentuan secara mingguan) itulah mekanisme paling baik, kerana harganya benar-benar kita letakkan seperti harga pasaran dunia, tiada cara lain lagi. Mekanisme ini juga menentukan bahawa keadilan pengguna dan juga peniaga dalam industri ini diberikan,” katanya ketika menggulung Rang Undang- undang ( RUU) Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Pindaan) 2017 pada persidanga­n Dewan Negara di sini, semalam.

RUU yang bertujuan menggalakk­an ketelusan dalam pempameran­an, pengiklana­n atau sebutan harga atau caj ini diluluskan Dewan Rakyat semalam selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negara menerusi undian suara.

Hamzah berkata pindaan RUU ini membolehka­n kerajaan melaksanak­an Dasar Harga Terangkum (DHT) bagi memastikan peng- guna tidak dikeliruka­n atau dimanipula­si oleh peniaga termasuk peniaga dalam talian.

Hamzah juga berkata Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan dilancarka­n bagi meneruskan konsep membantu mengatasi masalah kos hidup rakyat dengan menawarkan produk lebih murah daripada harga pasaran.

“Ini saya setuju...ia untuk kebaikan pengguna tetapi apabila diberikan kepada satu pengusaha, ia tidak dapat benar-benar mengikuti keperluan rakyat supaya harga itu lebih murah jualannya dari tempat lain.

“Kita telah bincang dan kita akan lantik pengendali untuk KR1M 2.0 demi membantu rakyat dari segi konsep menangani kos kehidupan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahka­n KPDNKK menamatkan segera kontrak syarikat mengendali­kan KR1M yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan RUU Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2017 bagi meminda Akta Perihal Dagangan 2011 yang antara lainnya bertujuan menghendak­i orang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014 mematuhi garis panduan yang dikeluarka­n berhubung pempameran harga. — Bernama

Mekanisme ini juga menentukan bahawa keadilan pengguna dan juga peniaga dalam industri ini diberikan. Datuk Seri Hamzah Zainudin Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

 ??  ?? BANJIR: Keadaan air di pekarangan sebuah rumah panjang di Tanjung Latap.
BANJIR: Keadaan air di pekarangan sebuah rumah panjang di Tanjung Latap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia