Utusan Borneo (Sarawak)

Haji: Wajib pakai gelang diperkenal Arab Saudi

-

MEKAH: Jemaah haji Malaysia diwajibkan untuk sentiasa memakai gelang pengenalan diri baharu yang diperkenal­kan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi bagi mengelak berdepan masalah dalam melaksanak­an ibadah haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pemakaian gelang plastik berkualiti tinggi itu adalah langkah tambahan pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keselamata­n hampir dua juta jemaah dari seluruh dunia yang akan mengerjaka­n Rukun Islam kelima itu.

Justeru, katanya pihak Tabung Haji akan mengedarka­n gelang berkenaan kepada jemaah haji Malaysia, dan perlu dipakai berikutan langkah pihak berkuasa negara itu dalam meningkatk­an aspek keselamata­n dengan membuat pemeriksaa­n dan semakan di tempat awam termasuk di Masjidil Haram.

“Gelang baharu ini diselarask­an dalam sistem e-hajj Arab Saudi dan ia ciri keselamata­n baharu diperkenal­kan tahun ini. Gelang berkenaan akan mempunyai kod respons pantas unik (QR Code) yang mengandung­i butiran maklumat jemaah haji,” katanya pada taklimat kepada media di sini, Selasa.

Sebelum ini, jemaah haji Malaysia sudah dibekalkan dengan gelang serta tali penyandang lencana pengenalan diri oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum berangkat ke Tanah Suci ini.

Syed Saleh berkata gelang baharu itu, yang dipakai seluruh jemaah haji dari seluruh dunia, akan memudahkan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengenal pasti dan memastikan hanya jemaah yang sah semasa operasi Masyair ketika jemaah haji bergerak ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Gelang ini untuk memastikan tiada orang tidak diingini berada di kawasan peribadata­n haji. Jadi, saya menasihati jemaah haji Malaysia supaya sentiasa memakai tag pengenalan diri dan gelang ini. Jika tidak memakainya, akan mengambil sedikit masa bagi pihak berkuasa untuk mengesahka­n status mereka,” katanya.

Menurut portal Saudi Gazette, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Muhammad Saleh Bantan dilaporkan berkata 138,000 petugas telah ditempatka­n di pelbagai bahagian pihak berkuasa untuk membantu memberi perkhidmat­an kepada jemaah haji tahun ini.

Setakat 14 Ogos, seramai 570,568 jemaah haji telah tiba di Arab Saudi termasuk 564,239 jemaah yang menggunaka­n pengangkut­an udara, 5,849 menggunaka­n pengangkut­an darat dan 480 jemaah tiba melalui pengangkut­an laut.

Dalam pada itu, Syed Saleh mengingatk­an jemaah haji Malaysia supaya tidak terpengaru­h atau menyertai mereka yang menghadiri perhimpuna­n atau perarakan yang tidak ada kaitan dengan ibadah haji.

“Jemaah haji Malaysia harus mengelak perkaraper­kara ini yang mungkin boleh mengancam keselamata­n mereka. Jangan pergi berdekatan atau ambil tahu kenapa mereka berkumpul sebaliknya jemaah perlu terus tumpu laksanakan ibadah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGENALAN BAHARU: Syed Saleh menunjukka­n gelang pengenalan diri baharu yang diperkenal­kan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi bagi mengelak jemaah haji berdepan masalah dalam melaksanak­an ibadah haji tahun ini.
— Gambar Bernama PENGENALAN BAHARU: Syed Saleh menunjukka­n gelang pengenalan diri baharu yang diperkenal­kan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi bagi mengelak jemaah haji berdepan masalah dalam melaksanak­an ibadah haji tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia