Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy lengkapkan pengambila­lihan HEP Bakun

Sarawak Energy kini pemilik Loji HEP Bakun, pembelian saham SHSB selesai dengan termeterai­nya SSA semalam

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) kini merupakan pemilik dan pengendali Loji Hidroelekt­rik (HEP) Bakun apabila pembelian saham daripada Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) diselesaik­an, dengan termeterai­nya Perjanjian Jualan Saham (SSA), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili mengumumka­n dalam satu kenyataan semalam, pihaknya kini memiliki HEP Bakun yang berkapasit­i 2,400 megawatt (MW), loji kuasa hidroelekt­rik terbesar di negara ini.

Katanya pencapaian itu dapat diperolehi menerusi kepimpinan dan sokongan kuat Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Ini akan membolehka­n kami menyatukan pengeluara­n kuasa, membolehka­n kami mempunyai pemilikan dan pengendali­an penuh ke atas semua kemudahan penjanaan elektrik utama di Sarawak.

“Kami amat berbesar hati kepada Kerajaan Sarawak kerana terus mempercaya­i Sarawak Energy untuk menyampaik­an strategi Sarawak dalam membangun dan menyatukan sumber kuasa Sarawak,” katanya.

SSA untuk mengambil alih HEP Bakun pada harga RM2.5 bilion diselesaik­an di pejabat Sarawak Hidro di Selangor semalam, dengan kehadiran wakil-wakil pihak terlibat.

Dengan SSA itu, SEB Power Sdn Bhd - anak syarikat milik penuh Sarawak Energy

Ini akan membolehka­n kami menyatukan pengeluara­n kuasa, membolehka­n kami mempunyai pemilikan dan pengendali­an penuh ke atas semua kemudahan penjanaan elektrik utama di Sarawak. Sharbini Suhaili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy

- menguasai 100 peratus saham dalam SHSB daripada Kementeria­n Kewangan dan Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n.

Kementeria­n Kewangan akan mengekalka­n Surat Akujanji (Letter of Undertakin­g) dan Jaminan Kerajaan semasa mengenai hutang sedia ada SHSB.

Pengambila­lihan itu dibiayai melalui gabungan dana dalaman Sarawak Energy dan pembiayaan SUKUK.

Sarawak Energy merupakan sebuah syarikat pembanguna­n tenaga milik penuh dan utiliti kuasa yang menggunaka­n tenaga kerja lebih daripada 4,600 rakyat Sarawak.

Misi Sarawak Energy adalah untuk mencapai pertumbuha­n dan kemakmuran yang mampan untuk Sarawak dengan memenuhi keperluan rantau ini bagi tenaga yang dipercayai dan diperbahar­ui.

 ??  ?? SHARBINI
SHARBINI
 ??  ?? MIILIK SARAWAK: HEP Bakun berkapasit­i 2,400MW, merupakan loji kuasa hidroelekt­rik terbesar di negara ini.
MIILIK SARAWAK: HEP Bakun berkapasit­i 2,400MW, merupakan loji kuasa hidroelekt­rik terbesar di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia