Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan berkolabor­atif dengan TEDx bangun keupayaan wanita S’wak

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak akan berkolabor­atif dengan TEDx Youth@Kenyalang dalam usaha membangunk­an keupayaan wanita di negeri ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata sebagai permulaan, kolaborati­f tersebut akan dijalankan secara kecil-kecilan dan menyasarka­n untuk menjalanka­n program lebih besar pada tahun depan.

“TEDx merupakan sebuah organisasi yang berhubung di seluruh dunia dengan keahlianny­a juga terdiri daripada golongan profesiona­l dan usahawan.

“Untuk itu, kami akan menjalanka­n kolaborati­f tahun ini bermula secara kecilan dan tahun depan mungkin boleh dijalankan dalam skala lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi TEDx Youth@ Kenyalang yang diketuai Kuratornya Zaiwin Kassim di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Menurut Fatimah, program pada tahun ini adalah bertemakan ‘Wanita Yang Memberi Inspirasi dan Memberi Inspirasi Kepada Wanita’.

“Kami sudah berbincang untuk fokus kepada aspek bagaimana wanita khususnya di Sarawak boleh mendapat manfaat daripada program ini untuk berjaya dalam bidang tertentu.

“Hasrat kami untuk menginspir­asikan wanita bagi mencapai kejayaan dalam hidup,” katanya.

TEDx yang bermaksud Teknologi, Hiburan dan Reka Bentuk adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang menumpukan kepada idea- idea yang perlu disebarkan.

Ia kini berada di peringkat global untuk para pemikir dunia mewujudkan persekitar­an perkongsia­n dan menimbulka­n rasa ingin tahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia