Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching Company Boys’ Brigade adakan BB Love Box bermula November

-

KUCHING: Kuching Company Boys’ Brigade akan mengadakan projek komuniti tahunannya, BB Love Box bermula November nanti untuk disumbangk­an kepada golongan memerlukan di sini.

Ketuanya, Sim Tze Sian berkata badan beruniform itu menyasarka­n untuk mengumpul sebanyak 6,000 sumbangan daripada orang awam pada tahun ini.

“Sumbangan amal orang ramai ini akan kami agihkan kepada golongan kurang berkemampu­an terutama warga emas dan pelajar sekolah di luar bandar termasuk badan-badan kebajikan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena kunjungan hormat Kuching Company Boys’ Brigade yang diketuai Pesuruhjay­a Negeri Hii King Ong terhadap Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Sementara itu, Hii berkata gerai BB Love Box akan dibuka di pusat beli- be- lah VivaCity, CityOne dan Crown Square.

Menurut beliau, sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti beras 10 kilogram, Milo 2 kilogram serta makanan- makanan kering yang lain, tuala, beg sekolah termasuk peralatan sekolah yang lain.

“Kami berharap orang ramai bersama-sama menghulurk­an sumbangan ikhlas mereka di gerai-gerai yang disediakan,” katanya sambil menambah sumbangan yang diperolehi akan diagihkan kepada penerima sebelum perayaan Hari Krismas.

Manakala, Fatimah menyeru orang ramai khususnya di sini untuk menyokong penuh program BB Love Box.

“Program ini bukan sahaja dapat membantu meringanka­n beban orang miskin dan kurang bernasib baik tetapi juga membangunk­an kualiti modal insan kita khususnya golongan belia untuk menjadi masyarakat yang prihatin dan penyayang,” katanya.

Fatimah juga dijangka menyempurn­akan pelancaran rasmi BB Love Box yang dijadual pada 4 November nanti.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Hii (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Fatimah sambil disaksikan Sim (kiri) dan ketua-ketua Kuching Company Boys’ Brigade yang lain.
TANDA INGATAN: Hii (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Fatimah sambil disaksikan Sim (kiri) dan ketua-ketua Kuching Company Boys’ Brigade yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia