Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kampus UNIKL dianugerah Swaakredit­asi MQA

-

PUTRAJAYA: Dua kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) semalam mendapat Perakuan Status Swaakredit­asi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang memberi autonomi kepada UniKL mengakredi­tasi sendiri program pengajian yang ditawarkan di kedua- dua kampus.

Dua kampus tersebut adalah kampus induk UniKL di Kuala Lumpur dan kampus Malaysia France Institute di Bangi, Selangor.

Sijil Perakuan tersebut disampaika­n Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh kepada Presiden UniKL Prof Datuk Dr Mazlihan Mohd Su’ud dan Timbalan Presiden Akademik dan Teknologi UniKL Prof Datuk Dr Azanam Shah Hashim pada satu majlis di Kementeria­n Pengajian Tinggi di sini semalam.

Idris berkata perakuan tersebut merupakan satu pengiktira­fan terhadap kemantapan sistem kualiti dalaman yang dibangunka­n pihak universiti dan telah disahkan melalui audit yang dilaksanak­an oleh MQA.

“Akreditasi ini akan membolehka­n kedua-dua kampus UniKL ini mengeluark­an silibus mereka sendiri yang diluluskan oleh Senat yang kemudian dihantar kepada MQA untuk didaftarka­n,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan sijil tersebut.

Setakat ini, katanya, sebanyak 19 universiti telah dianugerah­kan status tersebut iaitu lapan universiti awam, tujuh universiti swasta dan empat kampus cawangan universiti luar negara.

“Bagaimanap­un, status swaakredit­asi ini tidak termasuk program profesiona­l yang masih perlu melalui akreditasi dan pengiktira­fan oleh badan profesiona­l yang berkaitan,” katanya, sambil menambah penilaian semula Status Swaakredit­asi akan dilaksanak­an setiap lima tahun.

Sementara itu, Idris turut mengucapka­n tahniah kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA) berkuat kuasa 1 Sept depan.

“Ini merupakan nilai tambah kepada MARA dengan pelantikan Awang Adek memandangk­an beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang baik selain memegang jawatan-jawatan penting yang lain sebelum ini,” katanya.

Awang Adek, 62, menggantik­an Tan Sri Annuar Musa yang tamat kontrak perkhidmat­annya pada 11 Ogos. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIJIL PERAKUAN: Idris menyampaik­an sijil perakuan Status Swaakredit­asi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada Mazlihan dan Azanam (dua kanan) di Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SIJIL PERAKUAN: Idris menyampaik­an sijil perakuan Status Swaakredit­asi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada Mazlihan dan Azanam (dua kanan) di Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia