Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 sempena Bulan Kemerdekaa­n

-

PUTRAJAYA: Para pencari kerja di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri berhampira­n dijemput ke Karnival Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 yang diadakan bulan ini bersempena Bulan Kemerdekaa­n.

Menurut kenyataan Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) hari ini, Karnival Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 itu melibatkan Minggu Kerjaya Kenyalang (Sarawak) pada 17 hingga 23 Ogos, Kembara Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 (Train Ride Sabah) pada 18 hingga 20 Ogos dan Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 2017 (Zon Selatan) pada 18 hingga 20 Ogos.

Minggu Kerjaya Kenyalang, yang merupakan kesinambun­gan kepada Program Jelajah Kerjaya Kenyalang Siri Satu 2017, melibatkan kawasan iaitu Dewan Suarah, Bintulu; Dewan Masyarakat Bekenu, Miri; Pasar Tamu Marudi; Dewan Kampung Bunga Raya Limbang dan Taman Awam Lawas.

“Program ini melibatkan 100 majikan serta dianggarka­n 7,000 kekosongan jawatan bakal ditawarkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Kembara Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 (Train Ride Sabah) merupakan julung kali diadakan melibatkan pergerakan atau penjelajah­an menaiki gerabak keretapi serta turut disertai konvoi kenderaan pacuan empat roda.

Kembara itu bermula dari Stesen Keretapi Tanjung Aru dan seterusnya ke Beaufort, Tenom dan Sipitang.

Menurut kenyataan itu, lebih 20 majikan dijangka menyertai kembara itu melibatkan 1,500 peluang pekerjaan dengan temuduga terbuka akan dilakukan dalam gerabak keretapi.

“Program ini turut disertai beberapa jabatan dan agensi persekutua­n dan negeri serta penyedia latihan dan majikanmaj­ikan sektor swasta yang menawarkan peluang pekerjaan di daerah-daerah terlibat secara temuduga terbuka serta penempatan secara terus di akhir program,” kata kenyataan.

Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 2017 pula melibatkan 60 sukarelawa­n kerjaya yang akan menyertai program kembara itu dengan menaiki keretapi ke selatan bermula dari Kuala Lumpur Old Station (KLO), Seremban, Kluang dan Pulau Sebang.

Kenyataan itu berkata karnival kerjaya akan dijalankan di lokasi berhampira­n dengan stesen tersebut iaitu Seremban Prima, Negeri Sembilan, Pekan Rabu Kluang, Johor dan Pusat Kecemerlan­gan Kejurutera­an Dan Teknologi (CREaTE), Alor Gajah, Melaka.

“Program ini akan melibatkan lebih 100 majikan dengan menawarkan keseluruha­n kekosongan jawatan sebanyak 6,000 jawatan di lokasi berkenaan,” katanya.

Bagi pemegang diploma, ijazah dan ke atas, sebanyak 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan, sijil kemahiran (2,040) dan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah (2,460)

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut setor pula adalah 3,200 bagi sector pembuatan, perkhidmat­an (2,200) dan lain-lain (600) dengan purata gaji ditawarkan antara RM 1,000 hingga RM6,000 sebulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia