Utusan Borneo (Sarawak)

Berhati-hati jika mahu sertai ibadat korban di luar negara

-

KUANTAN: Umat Islam di negara ini dinasihatk­an supaya berhati-hati dan meneliti tawaran menyertai ibadat korban di luar negara supaya tidak ditipu.

Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhair­i Abd Sukor berkata tindakan itu bagi mengelakka­n mereka ditipu oleh pihak tidak bertanggun­gjawab yang mengambil kes- empatan terhadap umat Islam yang mencari peluang untuk menunaikan ibadat itu.

Katanya, sebilangan umat Islam di negara ini memilih untuk melaksanak­an korban di luar negara kerana harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding jika dilakukan di sini.

“Mereka yang berminat mesti memastikan organisasi yang menganjurk­an program korban di luar negara adalah satu entiti berdaftar dari segi undang- undang, sama ada berdaftar sebagai satu pertubuhan, syarikat mahupun perbadanan.

“Sebaik- baiknya elakkan daripada menyertai ibadat korban di luar negara yang dianjurkan individu terutama mereka yang tidak pernah dikenali secara langsung sebelum ini.

“Semak juga pengalaman dan kemahiran organisasi dalam menganjurk­an program itu. Lebih baik jika penganjur sudah berpengala­man dan mempunyai rekod yang baik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Salkukhair­i berkata umat Islam juga perlu memastikan setiap urusan itu mempunyai dokumen hitam putih yang disertakan sebagai akad bertulis, khususnya apabila melibatkan pembayaran.

“Ada orang yang sanggup menggunaka­n imej dan nama agama semata- mata untuk menipu atas keterujaan umat Islam untuk melaksanak­an sesuatu ibadah yang ditetapkan oleh Islam,” katanya.

Salkukhair­i juga berpendapa­t terdapat keperluan untuk mewajibkan penganjur ibadat korban di luar negara mendaftar dengan pihak berkuasa dan diberikan lesen khas, bagi mengelakka­n penipuan.

“Ramai yang sanggup lakukan apa sahaja demi wang dan kesedaran umat Islam untuk melaksanak­an ibadat korban dan harga bahagian korban yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, tidak mustahil ada pihak sanggup menangguk di air keruh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia