Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan ikan mencukupi untuk sambutan Aidiladha

-

KUALA LUMPUR: Bekalan ikan termasuk ikan kembong untuk sambutan Aidiladha pada awal September mencukupi untuk seluruh negara, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Berdasarka­n maklumat daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan ( NEKMAT), bekalan ikan buat masa ini adalah sebanyak 880 metrik tan, katanya.

“Bekalan ikan kembong di bawah simpanan NEKMAT ialah 45 metrik tan… orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihak LKIM, NEKMAT dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) akan sentiasa memastikan bekalan ikan mencukupi dan dijual pada harga yang kompetitif,” katanya pada sidang media selepas melawat kompleks bilik sejuk NEKMAT di sini dan meninjau bekalan stok ikan.

Turut hadir Pengerusi Nekmat, Ahmad Rudin Hussain dan Pengurus Besar Nekmat, Norizaman Ghazali.

Irmohizam berkata, orang ramai digalakkan membeli ikan segar sejuk beku Q’Fish kerana harganya tidak melebihi RM10 sekilogram mengikut jenis malah mutunya setanding ikan segar yang dijual di pasaran.

“LKIM bekerjasam­a dengan FAMA untuk mema- sarkan penjualan Q’Fish ke seluruh negara. Ikan segar beku Q’Fish boleh didapati di pasar-pasar tani dan agro bazar selain Kedai Rakyat 1Malaysia ( KR1M) serta kedai-kedai terpilih. LKIM juga akan berusaha memasarkan Q’Fish di banyak lagi kedai pada masa depan, ” katanya.

Q’Fish, yang menawarkan ikan segar beku berkualiti pada harga berpatutan, diwujudkan bagi memastikan bekalan ikan secara konsisten dan mencukupi melalui pengwujuda­n stok simpanan secara sejuk beku spesies ikan, antaranya kembong, selar, pelaling, selayang, cencaru, tilapia dan keli. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia