Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kilang haram: Phee Boon Poh cuti sakit hingga Isnin

Guan Eng jamin Phee akan buat penjelasan selepas cuti

-

GEORGE TOWN: Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang pernah ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas, bercuti sakit sehingga Isnin ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) yang bermesyuar­at semalam meluluskan permohonan Phee, yang merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, berikutan beliau diberi cuti sakit sehingga 21 Ogos ini.

“Phee akan kembali bertugas selepas bercuti sakit dan bakal menjelaska­n isu kilang di Sungai Lembu yang didakwa dibenarkan beroperasi lebih 10 tahun itu. Kilang itu terletak satu kilometer daripada kawasan penempatan penduduk, yang melebihi zon penampan industri berat sebanyak 500 meter,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada masa sama, Lim mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri percaya Phee tidak terlibat dengan rasuah berhubung kes itu sama ada menerima suapan atau mempunyai kepentinga­n atau mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan pemilik-pemilik kilang itu.

Beliau berkata, Phee akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan SPRM mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Semua anggota Exco bersedia untuk dipanggil oleh SPRM dan tidak akan mengelak, melarikan diri atau menyembuny­ikan diri,” kata Lim.

Phee ditahan SPRM pada 11 Ogos lepas ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Puyu itu kemudian ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes berkenaan tetapi beliau dibebaskan tiga hari kemudian selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarka­n permohonan semakan semula untuk membatalka­n perintah reman terhadapny­a.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong pada sidang berita sama menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung aduan pencemaran udara dan bau busuk bahan kimia dari sebuah kilang salut besi di Kampung Tok Subuh, Bukit Minyak dekat sini.

Beliau berkata, agensi- agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan negeri dan persekutua­n telah mengambil pelbagai tindakan bagi menangani isu itu.

“Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa termasukla­h mengenakan had masa operasi, penyitaan serta menjalanka­n ujian makmal terhadap pelepasan gas kilang itu. Adalah satu pembohonga­n untuk mengatakan saya tidak berada di sana kerana saya dan pasukan saya telah melawat tapak itu dalam banyak keadaan,” katanya.

Beliau berkata pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan juga melakukan banyak lawatan tapak dan surat Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertarikh 4 Feb 2016 mengesahka­n bahawa kilang itu mematuhi peraturan JAS.

“Oleh itu tidak ada asas untuk mengambil tindakan selanjutny­a di kilang itu. Bagaimanap­un, saya telah mencadangk­an kepada pengadu bahawa jika dia tidak berpuas hati dengan keputusan dan laporan ujian, dia boleh melantik seorang perunding bebas untuk menghasilk­an laporan berhubung perkara tersebut.

“Saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok Lee Khai Loon telah menawarkan untuk memberikan kos tetapi sehingga hari ini (semalam) pengadu berkenaan tidak mengambil tawaran itu dan menghantar laporan makmal kepada kami berhubung perkara itu,” katanya.

Kelmarin, seorang mekanik membuat laporan kepada SPRM Pulau Pinang mendakwa berlaku pencemaran udara dan bau busuk bahan kimia dari sebuah kilang di kawasan itu.

Lelaki itu, yang menghuni kampung berkenaan, membuat laporan itu setelah mendakwa beberapa aduannya kepada pihak berkuasa tidak diambil tindakan. — Bernama

Semua anggota Exco bersedia untuk dipanggil oleh SPRM dan tidak akan mengelak, melarikan diri atau menyembuny­ikan diri. Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Idris mendukung bayi Haura Alhuwainaa Syarha Mohd Arif berusia enam bulan ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel di Jasin, semalam. Seramai 251 mangsa banjir dari 59 keluarga masih ditempatka­n...
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Idris mendukung bayi Haura Alhuwainaa Syarha Mohd Arif berusia enam bulan ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel di Jasin, semalam. Seramai 251 mangsa banjir dari 59 keluarga masih ditempatka­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia