Utusan Borneo (Sarawak)

Waran tangkap terhadap lelaki gagal hadir kes cederakan isteri

-

MIRI: Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan dengan sengaja mencederak­an isterinya telah dikeluarka­n waran tangkap kerana gagal hadir untuk sebutan kes.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie pada sidang litar Mahkamah Majistret di Batu Niah semalam memerintah­kan agar waran tangkap ke atas tertuduh itu dikembalik­an pada 12 September depan.

Augustine Jelian, 27, dari Rumah Gamang, Batu Niah telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh dengan sengaja mencederak­an isterinya, Nelia Mit, 26, hingga lebam di bahagian muka kiri dan kanan, bengkak di dahi kiri dan sakit di bahagian kepala.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.10 pagi, 19 Mei lalu di sebuah rumah sewa di pasar Batu Niah.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon agar dikeluarka­n waran tangkap terhadap tertuduh setelah dia didapati gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Sementara itu dalam kes berasingan, mahkamah turut mengeluark­an waran tangkap ke atas seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mencuri.

Waran tangkap itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah mendapati Abdul Dino Sebri gagal hadir untuk sebutan kesnya semalam.

Abdul Dino, 34, dari Kampung Medong, Dalat telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh mencuri satu bakul paku, gulung kabel dan 14 batang besi buruk kepunyaan Robinson Igoh, 39.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi yang masih bebas pada jam 9 pagi, 23 Julai lalu di sebuah rumah kebun sawit di Sekaloh, Jalan Miri-Bintulu.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon dikeluarka­n waran tangkap terhadap tertuduh kerana gagal hadir untuk sebutan kes.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan agar waran tangkap yang dikeluarka­n terhadap tertuduh dikembalik­an pada 12 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia