Utusan Borneo (Sarawak)

Bot ekspres langgar jeti balak, 48 penumpang selamat

-

SIBU: Sebuah bot ekspres membawa 48 penumpang hilang kawalan dan terlanggar jeti kem balak WTK Kapit ketika dalam perjalanan ke Kapit petang kelmarin.

Bagaimanap­un, kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi penumpang terpaksa menaiki bot ekspres lain atau guna jalan darat sebagai alternatif kedua.

Ketua Balai Bomba Kapit, PPgB Erwandy Tugor berkata tujuh anggota diketuai beliau sendiri pergi ke lokasi kejadian di jeti Log Pond Kem WTK, Sungai Batang Rajang, Kapit se- jurus menerima panggilan Balai Polis Kapit pada 17.45 petang.

Katanya, semua penumpang diarah naik ke tebing sungai untuk tujuan keselamata­n manakala pasukan bomba melakukan pemantauan dengan mengumpul maklumat penumpang.

Menurutnya, bot ekspres tersebut bertolak dari Terminal Bot Ekspres Sibu petang itu terdahulu dinaiki seramai 60 penumpang sebelum 19 penumpang turun ke pekan Song dan tujuh lagi penumpang memulakan destinasi dari situ.

“Insiden berlaku pada jarak lebih kurang tiga kilometer dari Kapit iaitu hanya beberapa minit sebelum perjalanan sampai ke destinasi,” jelasnya.

Katanya, kemalangan kendiri itu berlaku apabila bot ekspres itu gagal dikawal dengan baik sebelum terlanggar wharf kem balak berkenaan.

Akibat kemalangan itu, katanya, bot ekspres mengalami kebocoran menyebabka­n air masuk ke ruang tempat duduk penumpang pada sebelah malam kejadian.

Sehingga pagi semalam bot ekspres tersebut masih berada di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia