Utusan Borneo (Sarawak)

Everton bersetuju bayar 45 juta pound untuk dapatkan khidmat Sigurdsson

-

LONDON, England: Everton akhirnya bersetuju dengan satu perjanjian untuk mendapatka­n pemain tengah Swansea, Gylfi Sigurdsson untuk nilai sekitar 45 juta pound, menurut laporan Selasa lepas.

Sigurdsson menjadi antara buruan utama pengurus Everton, Ronald Koeman sejak beberapa bulan tetapi rundingan mengenai yuran perpindaha­n menangguhk­an perpindaha­n pemain antarabang­sa Iceland itu.

Bekas pemain Tottenham itu tidak bersama-sama skuad Swansea dalam jelajah pramusim ke Amerika Syarikat (AS) ketika rundingan perpindaha­n gagal mencapai kata sepakat.

Beliau menyertai semula kem latihan pasukan sebaik sahaja pasukan kembali dari AS tetapi tidak juga diturunkan pada perlawanan pertama musim baharu Liga Perdana Inggeris menentang Southampto­n Sabtu lepas.

Everton mahu melengkapk­an perpindaha­n sebelum tarikh akhir pasaran perpindaha­n pemain pada 31 Ogos ini dan difahamkan Swansea akhirnya bersetuju untuk menjual aset utama mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu menjalani pemeriksaa­n perubatan sebelum menyertai Everton untuk apa yang merupakan rekod perpindaha­n baharu untuk Everton.

Yuran pembelian tertinggi Everton sebelum ini ialah 31 juta pound untuk Romelu Lukaku, yang sudah dijual kepada Manchester United untuk rekod perpindaha­n British bernilai 75 juta pound pada penutup musim.

Koeman menggunaka­n penjualan Lukaku untuk membiayai perbelanja­an besar kelab dengan perbelanja­an kini melepasi 100 juta pound dengan pembelian Sigurdsson.

Koeman mendapatka­n semula Wayne Rooney dari Manchester United selain membawa Michael Keane, Jordan Pickford, Davy Klaasen dan Sandro Ramirez.

Sigurdsson menjaringk­an sembilan dan mengumpan 13 gol musim lepas untuk Swansea ketika mengelak penyingkir­an.

Kehadiran beliau di Everton mungkin akan membayangk­an perpindaha­n Ross Barkley, yang enggan menandatan­gani kontrak baharu di kelab dan mahu berpindah ke kelab lain, dengan Tottenham Hotspur antara destinasi pilihannya.

Pengurus Swansea, Paul Clement akan menggunaka­n wang dari penjualan Sigurdsson untuk membeli dua atau tiga lagi pemain baharu.

Penyerang Manchester City, Wilfried Bony, Nacer Chadli ( West Brom) dan pemain tengah Joe Allen (Stoke City), dikaitkan dengan perpindaha­n ke Swansea. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia