Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi mantap The Reds ceriakan Klopp

Gol sendiri Nordtveit beri Liverpool kelebihan mara ke pusingan pertama Liga Juara-Juara

-

BERLIN, Jerman: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool masih belum mengesahka­n satu tempat ke pusingan pertama Liga JuaraJuara walaupun mencipta kemenangan 2- 1 ke atas Hoffenheim di gelanggang lawan pada perlawanan pertama playoff terakhir kelayakan kejohanan Selasa lepas.

Keputusan itu meletakkan Liverpool di kedudukan selesa menjelang perlawanan kedua di Anfield pada minggu hadapan.

Selepas penjaga gol Simon Mignolet menyelamat­kan satu tendangan penalti dalam separuh m a s a p e r - t a m a , pemain p e r t a - h a n a n Liverp o o l

Saya gembira dengan prestasi pasukan, kami sememangny­a lebih suka keputusan 2-0 dan gol yang mereka jaringkan tidak memberikan kelebihan kepada kami.” Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

berusia 18 t a - h u n , Trent Alexa n - derA r - nold, menjaringk­an satu gol cantik dari tendangan percuma untuk meletakkan Liverpool 1-0 di hadapan.

Bekas penyerang England, James Milner, memastikan kedudukan Liverpool lebih selesa apabila rembatan beliau terkena Havard Nordtveit untuk gol sendiri pemain pertahanan Hoffenheim pada minit ke-75.

Hoffenheim merapatkan kedudukan apabila pemain gantian, Mark Uth, melepasi perangkap ofsaid untuk menghidupk­an peluang pada perlawanan kedua nanti.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan, kami sememangny­a lebih suka keputu- san 2-0 dan gol yang mereka jaringkan tidak memberikan kelebihan kepada kami,” kata Klopp.

“Kami boleh menjaringk­an satu atau dua lagi gol dan kami memerlukan Anfield pada perlawanan kedua. Semuanya belum berakhir.”

Pemain tengah yang mahu meninggalk­an kelab, Philippe Coutinho, tidak diturunkan kerana kecederaan belakang.

Pemain antarabang­sa Brazil itu kelihatan terdesak untuk berpindah ke Barcelona selepas menyerahka­n permohonan untuk berpindah tetapi Liverpool menegaskan beliau bukan untuk dijual.

Mignolet menyelamat­kan tendangan penalti pada awal permainan untuk menafikan gol pembukaan Hoffenheim di Sinsheim selepas Dejan Lovren menjatuhka­n pemain sayap Hoffenheim, Serge Gnabry tetapi Andrej Kramaric melihat tendangan penalti beliau ditepis Mignolet.

Liverpool hampir membuka jaringan pada minit ke15 tetapi rembatan Mohamed Salah sedikit tersasar.

Alexander-Arnold membuka jaringan dengan satu tendangan percuma cantik pada minit ke-35 tetapi Hoffenheim hampir mengikat kedudukan sebelum rehat tetapi rembatan penyerang Sandro Wagner terkena palang selepas Mignolet menepis rembatan Gnabry.

Milner membantu menghasilk­an gol kedua apabila rembatanny­a terkena Nordtveit dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Hoffenheim bagaimanap­un masih mempunyai peluang pada perlawanan kedua apabila Uth menjaringk­an gol pada minit ke-87.

“Kami selayaknya sendiri,” kata jurulatih Hoffenheim, Julian Nagelsmann.

“Kami bermain dengan berani tetapi terlalu terbuka dalam separuh masa kedua dan terlalu mengambil risiko.”

Pada perlawanan lain, Apoel Nicosia menewaskan kelan dari Czech, Slavia Prague 2-0 di Cyprus sementara FC Copenhagen dari Denmark tewas 0-1 kepada Qarabag FK dari Azerbaijan.

Di Switzerlan­d, Young Boys tewas kepada CSKA Moscow dari Rusia 0-1 menerusi gol sendiri pemain tuan rumah, Kasim Adams Nuhu dan Steaua Bucharest seri tanpa jaringan dengan Sporting Lisbon di Portugal. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain tengah Hoffenheim, Kerem Demirbay (kanan) dan perancang Liverpool, Roberto Firmino ( L) bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan di Sinsheim, Jerman pada Selasa lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain tengah Hoffenheim, Kerem Demirbay (kanan) dan perancang Liverpool, Roberto Firmino ( L) bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan di Sinsheim, Jerman pada Selasa lepas.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia