Utusan Borneo (Sarawak)

Siri Master Cincinnati: Del Potro rai kepulangan dengan kemenangan

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS): Juan Martin del Potro meraikan kepulangan ke kejohanan Siri Master Cincinnati dengan kemenangan apabila menewaskan pilihan ke-10 dari Republik Czech, Tomas Berdych 3-6, 76 dan 6-0 untuk melangkah ke pusingan kedua Selasa lepas.

Pemain berusia 28 tahun dari Argentina itu beraksi di Cincinnati buat kali pertama sejak empat tahun untuk persediaan menjelang kejohanan Terbuka AS dan melakukan 17 pukulan servis kencang untuk menamatkan cabaran Berdych.

Berdych bangkit bergaya pada set kedua untuk mengikat kedudukan dan membawa ke set penentuan tetapi hilang rentak dengan mendadak dan gagal mengutip sebarang mata selepas itu.

“Pada set kedua, saya sebenarnya bermain di tahap terbaik,” kata Del Potro, juara Terbuka AS pada 2009. “Saya melakukan pukulan dengan begitu yakin, tetapi Berdych beraksi lebih baik untuk mengikat kedudukan.

“Secara mentalnya, saya mampu bersaing dengan cukup kuat dan ia jelas dilihat pada set ketiga.”

Di pusingan kedua nanti, Del Potro akan menentang pemain kelayakan tuan rumah, Mitchell Krueger.

Pada perlawanan lain, Nick Kyrgios dari Australia, juga meneruskan kemaraan apabila menewaskan pilihan kesembilan kejohanan dari Belgium, David Goffin 6-2 dan 6-3.

Pilihan ketiga kejohanan, Dominic Thiem dari Austria, tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Fabio Fognini dari Itali 6-3 dan 6- 2 sementara Jack Sock menewaskan rakan senegarany­a dari AS, Tommy Paul 6-3 dan 6-3.

Pada awal hari, pilihan keenam dari Kanada, Milos Raonic, menarik diri dari kejohanan kerana kecederaan di pergelanga­n tangan kirinya. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TERUSKAN KEMARAAN: Del Potro mempamerka­n prestasi memberangs­angkan ketika beraksi pada pusingan pertama Siri Master Cincinnati menentang Berdych di Cincinnati, Amerika Syarikat Selasa lepas.
— Gambar AFP TERUSKAN KEMARAAN: Del Potro mempamerka­n prestasi memberangs­angkan ketika beraksi pada pusingan pertama Siri Master Cincinnati menentang Berdych di Cincinnati, Amerika Syarikat Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia