Utusan Borneo (Sarawak)

BDLTA rampas kejuaraan

Atasi KTA pada Kejohanan Tenis Piala Presiden BDLTA Ke-3

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pasukan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Bintulu (BDLTA) muncul juara Kejohanan Tenis Piala Presiden BDLTA Ke-3 selepas berjaya menundukka­n Persatuan Tenis Kidurong (KTA) 3-0 dalam pada perlawanan akhir yang berlangsun­g dua hari di Gelanggang Tenis BDA Pusat Sukan Kidurong, baru-baru ini.

Pemain-pemain BDLTA terdiri daripada Sulaiman Sahari, Awang Sabri, Corne Oosthuizen, Samion Mohedin, Denis Mudit dan Wan Edruce.

KTA yang memegang tampuk juara tahun lepas akur dengan kekalahan tersebut sekali gus meletakann­ya dalam kedudukan naib juara.

Kejuaraan itu melayakkan BDLTA membawa pulang hadiah piala pusingan, piala iringan dan wang tunai, manakala naib juara menerima piala dan wang tunai.

K e j o h a n a n y a n g berlangsun­g pada 12 dan 13 Ogos itu menyaksika­n empat pasukan bertanding

Penganjura­n pertanding­an ini agak mencabar kerana kurangnya penyertaan berbanding tahun lepas. Sulaiman Sahari Presiden BDLTA

dalam tiga kategori acara berpasukan iaitu beregu terbuka 1, beregu veteran dan beregu terbuka 2.

Dua pasukan lain yang mengambil bahagian ialah Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan (PSKPP) Bintulu dan SKALOR.

Dalam pada itu, Presiden BDLTA Sulaiman Sahari mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertanding­an tersebut.

“Penganjura­n pertanding­an ini agak mencabar kerana kurangnya penyertaan berbanding tahun lepas,” ujarnya.

Beliau berharap pasukan tenisBintu­ludapatmen­jadikan pertanding­an itu sebagai persiapan terbaik untuk menghadapi pertanding­an Piala Presiden di Sibu dan seterusnya Pertanding­an Tenis Piala Datin Seri Rosmah di Kota Kinabalu pada September depan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pasukan yang bertanding merakam gambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Pasukan yang bertanding merakam gambar kenangan.
 ??  ?? JUARA: Pasukan BDLTA yang muncul juara merakam gambar kenangan.
JUARA: Pasukan BDLTA yang muncul juara merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia